Saturday, January 31, 2009

Cuti-Cuti Malaya

Dalam Semenanjung, hanya kawasan selatan Pahang dan timur Johor yang belum saya jejaki. Kesempatan dapat menghantar adik balik ke Kolej Komuniti Rompin saya gunakan untuk meneroka kawasan itu.

Rabu :

7.30 am - Bertolak dari kampung
9.00 am - Berhenti rehat dan sarapan kat Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah
11.00 am - Tersilap jalan - menuju ke Gemas. Semuanya gara-gara ternampak signboard "ROMPIN". Rupa2nya kat N.9 pun ada Rompin. Rugi 30km @ setengah jam masa perjalanan..

1.00 pm - sampai di Kuala Rompin & hantar Hambali ke kolejnya. Kelas jam 2.00 pm.

2.00 pm - ronda2 Kuala Rompin, pegi lepak kat Pantai Hiburan. Pasirnya putih tapi ombaknya ganas.. Sekarang musim angin dan ombak kuat katanya..

4.00 pm - Pegi rumah saudara sepupu - Pak Tam. Malangnya dia ke Kuantan. Hanya ada isteri (Mak Tam dan anak-anaknya).

5.00 pm - ke rumah Pak Cik. Nama tempat : Rumah Pemulihan Banjir a.k.a RUMAH BANJIR - sebuah kawasan penempatan semula mangsa banjir besar di Johor tahun 1970an dulu. Rumah2nya macam rumah Felda, tapi majoritinya dah diubahsuai.

Pak Cik dan Makcik bersunguh2 betul suruh kami bermalam di rumahnya. Siap suruh ambik Hambali di kolej. Akhirnya kami akur sebagai memenuhi permintaan mereka. So, kami ambik Hambali, dan petang itu kami ronda2 sekitar Kg. Sepayang, Rumah Banjir dan kampung2 berhampiran. Menarik...

Jangan tak tau... di Kuala Rompin pun ada sawah padi !


Udang galah di Empangan Kuala Rompin. Kalau kat sini udang ini dianggap masih kanak2.. (saiz S)


Pinjam udang orang buat posing.. Saiz L dan XL sedang menanti.. tunggu !!


Sungai Rompin yang masyhur sebagai syurga memancing udang galah


Tiga orang nelayan kampung baru pulang dari sungai. Pendayung sampan (duduk di hujung sampan) ialah seorang nenek yang saya anggarkan berumur tidak kurang 65 tahun! Gagah kan..! Awak larat ke ?


Selain memancing udang galah dan ikan, mereka turut mencari lokan. Caranya ialah dengan "memarang" lumpur, Kalau terasa ada lokan, mereka seluk selut lumpur dengan tangan. Kalau ada permintaan, lokan dijual. Kalau tidak, mereka makan sendiri.


Udang galah Rompin... saiz M & L


Tak sempat nak tangkap gambar, dah kena siang nak di masak oleh Mak Cik... ambik gambar sepit aje la..


Gulai Udang Galah... perghhh...terangkat beb !


Goreng pun sodappp...


Aminul Hakeem and Tok Cik ( Pak Cik ) during dinner

Kami akan kembali ke sini...

Sehari di Kuala Rompin memang tak cukup. Yang pasti, saya akan kembali ke sini kalau diizinkan Allah untuk cuba menangkap sendiri udang galah Rompin.

Bulan April pula, adalah musim udang laut. Khabarnya hanya perlu meranduk air pantai separas perut bersama jaring ditarik oleh 2 orang, hasilnya adalah berbakul2 udang laut bersaiz ibu jari. Kemanisan udang segar...fuhhh..! memang tak boleh tahan.

Majoriti penduduk Rumah Banjir, Kg. Sepayang dan Felda Selendang adalah kaki sungai dan laut. Pak Cik dan Adik On sendiri memiliki sebuah bot fiber, sebuah enjin sangkut, pelbagai alatan menangkap ikan, udang dan juga burung sungai. Joran saja dah berbelas-belas...

Terima kasih banyak2 Pak Cik, Mak Cik, Adik On (Azrul) dan kakak Siti Nur Zaleha. Jasamu kan kami kenang selamanya..

Rompin...tunggulah kedatanganku !

p/s : Adik On, ada komen ? Nanti kita turun sungai sama2 ye... :)

Friday, January 30, 2009

Pantai Hiburan, Kuala Rompin



Projek Ikan




Inilah sebahagian aktiviti saya adik beradik bila balik ke kampung.
Memancing, menjala dan main air...

Burung Hijrah





Tasik air buangan sisa arang batu dari loji janakuasa elektrik SSAA, Kapar.Lokasi ini terletak di belakang Kampung Sg. Serdang - kampung saya.

Tempat persinggahan burung yang berhijrah dari hemisfera utara ke selatan.

Ribuan kilometer jaraknya burung2 ini terbang...kerana mencari rezeki.

Syukurlah...kita tak perlu pergi sejauh itu untuk mencari rezeki. Tapi berapa kerapkah kita bersyukur ye agaknya ?

Friday, January 23, 2009

Gong Xi !

Cuti raya cina dah bermula. Kebanyakan sekolah cuti seminggu. Syarikat2 swasta banyak yg cuti seminggu. Hasilnya, ramai yg berpusu2 balik kampung.

Ops Sikap pun dah mula. So, berhati2 lah di jalan raya. Kalau bawa penumpang, pasang lah tali pinggang belakang. Saya terkecuali - sbb kereta tahun 1994. Lagi pun, seat belt tersorok kat bawah seat. Dah lunyai agaknya...

Selamat makan limau...

sambungan : Bagai timun dengan durian...

Ketiga-tiga situasi yg saya nyatakan adalah lumrah bagi mana-mana penunggang motorsikal - lebih tepat lagi, bagi saya. Semua situasi itu adalah pengalaman sebenar saya sendiri. Saya yakin ia juga pernah dialami oleh penunggang2 yg lain.

Penunggang motorsikal umpama mentimun. Kereta dan lori umpama durian. Melanggar kena teruk, kena langgar lagilah teruk !

Di sisi diri kita ada 99 jalan kematian. Jalan yg mana akan kita lalui, hanya Allah yg tahu. Yang hari ini sihat, belum tentu esok pun sihat. Hari ini kita ada, esok mungkin kita dah tiada.

Sifat mahmudah yg ke-10 dalam kitab Zadul Muta'allim yg saya pelajari masa sekolah rendah dulu ialah "Zikrulmaut". Maksudnya : sentiasa mengingati mati.

Tak rugi mengingati mati. Yang rugi ialah merasakan kita akan hidup lama, lalu mengabaikan persiapan untuk ke alam sana...

Marilah kita sentiasa berwaspada dan bersiap siaga sementara masih ada masa.
Wallahu a'lam.

Bagai timun dengan durian...

Bayangkan situasi ini :

Situasi 1 :

Jam 6.40 pagi. Gelap. Naik motor di jalan biasa pada kelajuan 80 km/j. Tiba-tiba kereta depan , sebuah Toyota Altis - dipandu seorang perempuan cina, membrek keretanya dan berhenti di tengah2 jalan kerana tidak mahu memotong bas di hadapannya sedangkan jalan itu ada 2 lorong pergi dan satu lorong balik.

Motor di tunggang di belakang kereta terpaksa membrek mengejut juga. Berdecit2 tayar. Terpaksa guna brek tangan juga, menyebabkan penunggang terdorong ke depan sampai dada mencecah panel meter motorsikal. Beberapa inci lagi kena... Lady driver tu, kemudian terus pergi tanpa tahu kesusahan yg telah di ciptanya..

Situasi 2 :

Jam 5.30 petang. Atas highway, dekat cabang "Y" dari Damansara ke Sg.Buluh. Satu cabang lagi ke arah Jalan Duta. Kelajuan 100 km/j. Lori bersusun2 sbb slow naik bukit.
Tiba2... sebuah penyodok tanah (scoop) sepanjang kira-kira 1 meter terpelanting keluar dari bawah sebuah lori 10 tayar ke arah laluan motor. Si penunggang motor yang terkejut tidak sempat berbuat apa2. Hanya memegang handle motor dengan kuat dan berserah... Mujur...penyodok itu melintang secara setentang ( tidak selari ) dengan tayar motor. Motor hanya melambung sikit apabila melanggar batang penyodok dan melepasinya. Kalau lah batang penyodok itu senget, kemungkinan besar motor jatuh menggelongsor dan melanggar benteng besi tepi highway. Lebih malang lagi, kalau menggelongsor ke bawah lori...

Situasi 3 :

Jam 3.00 petang. Matahari panas terik. Atas highway. Motor dinaiki tiba2 pancit. Exit terdekat berada 12 km di depan. Nak tolak motor di bawah terik matahari tu sejauh 12 km? atau nak naik je motor dgn tayar pancit tu menyebabkan tayar hancur dan rim bengkok? Atau nak call mekanik jalanan - tunggu 1 jam tengah panas dan lepas tu kena sembelih harganya?

Nanti saya sambung...

Thursday, January 22, 2009

I'm back

Alhamdulillah...

Monday, January 19, 2009

MC

Akhirnya saya tewas. Kena selsema, sakit tekak dan batuk2. Tak larat nak update blog. Ni pun paksa2 kan diri..

So, kalau lama tak update tu, maknanya saya belum sihat lah..

KT voters... u've made the right decision. Congratulations !

Semoga jumpa lagi. Salam.

# Sahabat2.. doakan saya sihat segera.

Friday, January 16, 2009

P036

Selamat Mengundi orang Kuala Terengganu.

Undi akan jadi ibadah - kalau niatnya betul - untuk memastikan kelangsungan hidup yang bertunjangkan Syariat.

Mengundi bukan hanya untuk memilih pemimpin yang menguruskan kehidupan di dunia, tapi lebih jauh lagi nak pilih pemimpin yang boleh bimbing masyarakat menjalani kehidupan di akhirat yang abadi.

So, orang Kuala Ganu, undilah molek-molek...

Wednesday, January 14, 2009

Setahun lagi sudah berlalu...

14 Januari 1976.

Hari ini, 33 tahun dahulu, seluruh negara gempar dengan kematian Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak.

Semua murid sekolah diberi cuti mengejut.

Hari yang sama, seorang bayi lahir di Kampung Sungai Serdang, Kapar.

Hehe.. akulah bayi itu ! Pantas ya.. masa berlalu..

Kebanyakan kita seronok bila tiba hari lahirnya. Baguslah..tak salah pun.
Namun hakikatnya, tibanya hari lahir menandakan semakin dekat lagi kita untuk menemui-Nya. Sudah cukupkah bekalan kita? Sudah mampukah menjawab soalan dua malaikat di alam sana?

Buat diriku yang selalu alpa... Persiapilah diri dengan sebaik2 amal, semoga usia yang semakin bertambah akan seiring dengan iman yang semakin menebal. Amin.

Tuesday, January 13, 2009

Hukum Berurusniaga dengan Syarikat Yahudi

Post ini saya masukkan sebagai respon kepada soalan Thinker - tima kasih (rujuk post yg lalu)

Jawapan daripada Sdr.Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net):

Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.
Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.
Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.

Asas Hukum :
Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat 5 Surah Al-Maidah
Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundikJika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
‏"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Agenda Boikot bagaimana?

Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)
Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam.
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.
Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Perbezaan & Perkembangan Baru.
Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu 'bai'ah' atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.

Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu'alam.

Sekian.

3 generasi


Maklong Mah(80++ tahun) bersama cucu saudaranya Aminul Hakeem (8 tahun)

Sunday, January 11, 2009

New Hitstats

Hit stats yang lama ada problem sikit..
Saya pasang yang baru ye.. mulai hari ni : 11 Januari 2009

Bayaran tol...

Bukan tol highway PLUS, ELITE, NKVE, KESAS, Linkedua atau mana2 lebuhraya yang ada kat Malaysia ni.

Ini TOL KENDURI KAHWIN.

Ini ialah bayaran tol yang perlu dijelaskan oleh rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke rumah pengantin perempuan pada hari kenduri.

Saya telah banyak mendengar tentangnya sebelum ini. Namun, pengalaman melihatnya dengan mata sendiri baru-baru ini memahamkan saya lagi tentang "adat" ini, yang banyak berlaku di Johor.

Jam 2.30 pm - saya bersama 2 grup rombongan pengantin lelaki (kenduri 2 pasang serentak) mula bergerak dari simpang jalan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan iringan paluan kompang.


2.35 pm - Sesampainya di jalan depan rumah, seorang wanita agak berumur datang memberikan minuman kepada pengantin lelaki. Dibelakangnya, 7 wanita dan seorang kanak2 menunggu, dan sambil tersenyum2, meminta duit tol sebelum rombongan dibenarkan masuk.

Tol dibayar, berjalan lebih kurang 10 langkah, 12 orang lagi menanti. 7 wanita, 2 lelaki dan 3 kanak2 menghadang pintu gerbang.Sambil tersenyum2, mereka meminta tol lagi.

Tol dibayar, berjalan dalam 10 langkah, 2 lelaki agak berusia duduk di atas kerusi, menahan rombongan pengantin. Untuk apa? minta tol lagi..! ringkas cerita, tol dibayar, diikuti persembahan silat utk pengantin lelaki, kemudian pengantin bangun untuk masuk ke rumah.


Sampai di muka pintu rumah, 5 wanita dan 5 kanak-kanak menghadang laluan rombongan pengantin lelaki. Macam tadi juga, tanpa rasa bersalah mereka meminta tol lagi. Tol dibayar, dan kami meneruskan jalan masuk ke rumah.

Sampai di depan pelamin, sekumpulan 7 wanita duduk di tangga pelamin. Minta tol lagi. Masing-masing mendakwa sebagai ibu saudara kpd pengantin perempuan. Mak Andam dan assistantnya duduk di atas kerusi pengantin lelaki. Mereka tak akan bangun selagi tol tak dibayar. Mahu tak mahu, terpaksa bayar tol lagi. Sampul duit yg disediakan dah habis. Terpaksa lah korek2 duit dari poket utk bayar.


Selepas beberapa lama (bayangkan keresahan pengantin lelaki yang yang berdiri dalam keadaan sesak, panas dan rimas sejak tadi) barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersama isterinya.


Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain adatnya. Itu saya akui.

Namun, apa yang ingin saya bincangkan ialah, adakah semua adat itu tuntutan syarak? ,lebih2 lagi adat yang menyusahkan, membebankan dan menjurus kepada riyak, membazir serta menunjuk2..?

"Alah...untuk suka-suka aje..?" Begitu ayat yang saya dengar daripada mulut seorang makcik "jurutol" tersebut.

Soalnya, kalau dah sampai 5 tol, dengan jumlah bayaran hampir seratus ringgit ( utk satu rombongan - bayangkan jumlah bayaran 2 rombongan) adakah itu dianggap suka-suka?
Ada pulak jurutol yang buka sampul dan kata : "tak cukup ni, tak boleh lalu !"
Itu semua tak termasuk tol utk mak andam lagi yang khabarnya RM50 satu sampul..( dah la caj sewaan baju dan andaman mencecah RM2k - itu urusan tuan rumah) Bukankah itu satu beban dan pembaziran yang nyata?

Nasib baik keluarga lelaki dah standby duit tol slps mendapat maklumat awal.Itu pun tak cukup. Apa akan jadi kalau rombongan pengantin lelaki dari luar Johor, luar semenanjung atau luar negeri yg tak tahu "adat" yang pelik lagi tak syarie ni?

Saya bukan anti-Johor. Johor adalah negeri kita juga, bahkan keturunan saya banyak di Johor ni. Apa yang mahu saya nyatakan, marilah kita buang adat yang menyusahkan dan membebankan. Adat perkahwinan Melayu kita sudah terlalu banyak yang menyimpang daripada syariat. Daripada mula merisik sampai la saat ijab kabul dan majlis kendurinya, banyak yang ditokok tambah sehingga lari daripada cara yang Rasulullah ajarkan.

Mohon maaf kalau catatan saya mengguris perasaan. Saya ikhlas, InsyaAllah.
Kalau saya silap, betulkan saya.

Komen anda?

Palestine : Your say

Saya siarkan satu soalan daripada seorang sahabat utk perbincangan.

Thinker kata :
Sekadar mohon pandangan. Apakah hukum sebenar beli barang dapur di Tesco, makan ayam KFC, pakai handset Nokia, sapu bedak johnson dan minum coca cola? apakah haram, makruh atau harus. Bagaimana pula status tindakan memboikot jenama2 yg disebutkan diatas. apakah wajib atau sekadar digalakkan?

Hadi kata :
Saya tak berani menghukumkan haram. Namun saya yakin mesti ada satu ketetapan hukum tentangnya, tak kira la sama ada hukum yang muttafaqun 'alaih, atau terdapat perbezaan pendapat para ulama' . Saya sedang mencari pendapat ilmuan ttg perkara ini.Sahabat2 yang ada sumber, harap kongsikan...
( Sahabat2 IRKH (IIUM)..., ada komen? )

Thursday, January 8, 2009

Smokers... Stop Now !

( Dipetik daripada www.harakahdaily.net )

SUNGAI PETANI, 8 Jan (Hrkh) - Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.
Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.
Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.
Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.
"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.
Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.
"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.
Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan. - azm/mks.

PULAUKAN ISRAEL !

Jangan beli barang2 ini ( produk jaringan israel ):

1. Mark and Spencer
2. Loreal
3. Pasaraya Tesco
4. McDonalds
5. KFC
6. Nestle

Beli barang2 kat pasaraya tempatan lebih baik. Nak makan burger, beli burger Ramly. Nak makan ayam, goreng sendiri pun sodaaappp..

Wednesday, January 7, 2009

Damailah Syuhada' Palestin Di Sana...





Tergamakkah kita berpeluk tubuh melihat saudara Islam kita dibunuh?

Jom bertindak sekarang... BOIKOT semua produk amerika & israel !!!


Tuesday, January 6, 2009

Hit Stats.

Salams.. Sahabat2..

Mulai hari ini, saya pasang hit stats - saja nak tau sama ada catatan saya sudi dibaca orang atau tidak..

Kalau ok, saya teruskan. Kalau tak ok, saya baca orang punya aje lah..

Terima kasih ye..

Saturday, January 3, 2009

FREE PALESTINE !!! ALLAHU AKBAR !!!

Setakat 3 Jan 2009, 500++ sudah syahid, 2000++ cedera Di Gaza.
Majoritinya rakyat awam, termasuk kanak-kanak dan bayi.

Semuanya angkara yahudi israel laknatullah..

Apa boleh kita buat ?

1. Doa kepada ALLAH mohon kemenangan Islam.
2. Boikot semua produk Israel, Amerika & sekutu2nya. Seboleh mungkin elakkan beli produk mereka. Carilah barangan alternatif.
3. Stop smoking ! - semua syarikat rokok adalah proksi yahudi.
4. Beri sumbangan kepada mana-mana NGO yg melancarkan kempen kumpul dana utk Palestin.
5. Ajar dan fahamkan anak-anak kita ttg kejahatan yahudi israel dan amerika, dan didik utk boikot barangan mereka.

Firman Allah : " ...dan mereka ( yahudi dan nasrani ) tidak akan sekali-kali redha dengan kamu sehinggalah kamu menuruti jejak langkah mereka..."

Insya Allah, sikit2 sumbangan kita ada ganjaran Allah baginya...

Friday, January 2, 2009

My Family


20 members so far.. 2 new members this year..

Saudara Raihan dan Deen




Mereka berdua adalah "panel konsultan pemotong rumput" rumah saya. Kedua-duanya berasal dari Bangladesh. Muslim. Fasih berbahasa Melayu.

Setiap hujung minggu atau hari cuti umum, diari mereka penuh dengan tempahan memotong rumput. Satu rumah intermediate mereka dapat RM30. Corner lot RM50.

Satu hari boleh dapat 5-10 rumah. Cuba hitungkan pendapatan mereka. Itu kerja part-time, kerana mereka ada kerja tetap dengan pemaju.

Kenapa masih ramai rakyat kita yang hidup susah di negeri sendiri..sedangkan golongan penghijrah mampu hidup selesa di negeri orang...?