Monday, June 29, 2009

Pekan Sehari Temerloh

Temerloh adalah Bandar Patin. Keenakan ikan patin masak tempoyak Temerloh sudah tersohor di seluruh negara. 21 Jun lalu, aku berkesempatan meronda di pekan sehari Temerloh, atau kalau di KL bolehlah dipanggil Pasar Minggu.

Memang best...sebab lokasinya di tepi sungai Pahang yang redup dengan pokok2 besar, dan kepelbagaian barang2 jualan yang berupa makanan2 kampung yang payah nak dijumpai di tempat lain. Tapi, paling best adalah ikan2 sungainya !

Sungai Pahang...dulu Mat Kilau pernah bardayung di sini...
Ikan patin dan ikan tilapia sangkar... tak berbau hanyir macam ikan di pasar malam atau di Pasar Selayang. Serius...tak caya, try sendiri ! Tapi harganya RM14.00 sekilo bang...!

Ikan2 sungai...antaranya belida, lampam, gahak dll...
Ikan baung...macam helikopter apache daa...
Ikan sungai yg dah disalai... jangan memain...harganya RM48 sekilo tau !!!

Sunday, June 28, 2009

sambungan... 4 jam 16 ekor !

Ini tangkapan kami semuanya. Memancing best, dapat ikan best, yang tak bestnya...nak menyiang ikan2 tu...

4 jam 16 ekor !

Sesekali berhujung minggu dengan memancing bersama kawan2 lama, memang menyeronokkan dan melegakan stress berkerja sepanjang minggu. Ahad lalu, 28 Jun, aku bersama Azlan, Hyzal dan Najeb Jana pergi memancing di kolam Kail Desa di Batu Arang.

Kami adalah sahabat seangkatan sejak zaman matrikulasi lagi. Pernah duduk sebilik, serumah dan dulu kerap buat trip memancing bersama.

Kini bila masing2 dah berkeluarga dan sibuk dengan kerjaya, hobi bersama tu jarang dapat dilakukan lagi. Hujung minggu lalu betul2 mengembalikan kenanganku dulu2..

Jana @ Najeb Jana - last minute strike dengan rohu dan pacu. Satu-satunya geng pancing kami yg masih solo...duit dah banyak, rumah dah ada dua, copek la kawin bang...!
Hyzal...4 rohu, 1 pacu, 1 tilapia. Dia juara minggu ni.
Alan...3 pacu. Sekali tali putus layan ikan besar yang disyaki ikan patin. Takpe lan, nanti kita repeat..:)
First catch of the day. 5 pacu yang naik, tapi sekor melompat balik ke kolam masa nak cabut mata kail.
Saat-saat paling best bagi seorang pemancing ialah saat melayan tarikan ikan. Melentur joran aku kena tarik pacu...

H1N1: 10 Panduan Kuarantin Di Rumah

10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

* Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

* Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.

* Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.

* Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah

* Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

Wednesday, June 24, 2009

Bila dua-dua bawa surah, dalil Al-Quran...

Oleh Saudara Azamin Amin - Wartawan Harakahdaily.net

Orang awam yang naif agama selalu diberitahu dalam kuliah, ceramah bahawa apa jua pertikaian, perselisihan kembalilah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.

"Justeru, apabila dua pihak yang bertelingkah turut membawa surah dan dalil al-Quran untuk menyokong dan menguatkan hujah, bagaimana orang awam boleh membuat kesimpulan mudah?"

Itu soalan yang bermain di benak hati. Itu juga pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang biasa dan awam bila melihat sesuatu perkara yang melibatkan pertembungan antara sesama saudara seagama atau gerakan, pertubuhan dan persatuan Islam.

"Ustaz boleh tak buat keputusan atau beritahu kaedahnya apabila, dua-dua pihak juga guna ayat Quran?

"Dua-dua orang juga guna surah dan dalil masing-masing, lantas orang macam kami ni, nak ikut yang mana satu?" aju seorang 'pejuang tanpa nama' kepada saya yang sama naif dengan orang itu.

Persoalan di atas ditangguhkan dulu untuk mengimbau kembali kemelut yang pernah berlaku ketika menuntut di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair kira-kira 12 tahun yang lampau.

Sekitar 1997, saya didatangi seorang ustaz yang bersamanya seorang pesakit mental yang mempunyai sejarah amuk dan mengacu senjata tajam pada orang awam..
Kebetulan Mudir (pengetua) pondok itu tidak ada, termasuk sebilangan besar ustaz-ustaz yang mengajar bercuti. Saya pula dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Ketua Pelajar untuk menjaga hal-ehwal pelajar. Lantas ustaz ini, mahu memasukkan pesakit mental itu ke sekolah pondok ini.

Saya dengan tegas tidak membenarkan kerana ianya cukup berbahaya dan mengancam keselamatan pelajar yang ada. Apa lagi, jadilah perang mulut yang besar antara saya dan ustaz tersebut.
Perang besar

"Maaf ustaz, saya tidak membenarkan kerana ini bukan tempatnya untuk mendidik pesakit mental agar pulih.

"Kita tidak ada ilmu tentangnya, dan sentiasa akan menakutkan pelajar-pelajar yang ada," kata saya kepada ustaz yang sudah mula mencekak pinggang.

"Anta ni memang tak guna. Al-Quran tidak pernah membeza-bezakan manusia. Anta didiklah dia guna al-Quran yang Allah turunkan ini. semua ada di sini, " katanya menuding jari sambil memetik salah satu ayat:

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

"Ya, benar tetapi biarlah yang mendidiknya yang arif di bidangnya seperti pakar psikologi, kaunseling dan doktor. Bukannya kita," jawab saya sambil teringat sepotong ayat al-Quran daripada surah az-Zumar.

"Katakanlah: apakah sama antara orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? " (az-Zumar ayat 9)

Ustaz tadi dengan merah padam membidas saya dengan surah yang lain pula. Kali ini dia mencebiskan ayatnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."( surah al-Baqarah ayat 155).

"Tetapi ustaz memang benar ini ujian, namun kita sudah boleh menjangkakan bahaya dan boleh mengelaknya.

"Jika sesuatu berlaku, umpamanya dia mengamuk, siapa yang bertanggungjawab...?" kata saya lalu melancarkan kepadanya sebaris ayat yang sentiasa saya hafal.

"Jangan kamu mencampak diri kamu dalam kebinasaan..." ( surah Al-Baqarah ayat 195.)
Ustaz tadi menyambung pula dengan Firman Allah SWT yang lain bermaksud:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri."(Surah Luqman, ayat 18)

Kali ini, sudah ramai pelajar mengerumuni kami berdua, melihat perbalahan dan
pertelingkahan tercetus. Apinya kian marak.

Tetapi saya mempertahankan pendirian demi keselamatan para pelajar. Ustaz tadi dengan prinsipnya mahu memulihkan pesakit mental ini.
Ya, dua-dua membawa dalil-dali al-Quran untuk mempertahankan hujah masing-masing.

Tetapi yang tercengang dan tercangak-cangak ialah pelajar-pelajar pondok itu.

Silap saya juga, tidak berdebat dan berbahas di bilik tertutup. Tetapi, terlambat, masing-masing sudah hangat!

"Azamin! Siapa kau nak tentukan dia boleh atau tidak boleh masuk di pondok ini. Kau bukan ustaz ataupun mudir di sini.

"Betul, tetapi mereka semua ini tidak ada, jadi batu galang dan beban jatuh pada saya. Saya buat keputusan ini bukan kerana saya tetapi demi keselamatan adik-adik yang belajar di sini," kata saya.
"Anta tidak layak dan berhak buat keputusan," katanya sambil mengungkap ayat firman

Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya..." (an-Nisa': 58)

Lalu saya membalasnya juga dengan sepotong ayat ringkas daripada Surah al-Baqarah ayat 190:

"... janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."

Lantas, ustaz itu beredar pantas tanpa membawa pulang pesakit mental ini. Mahu tidak mahu, tanggungjawab itu berpindah kepada saya pula.

Pesakit yang berusia 27 tahun ini diam seribu bahasa tetapi acapkali tersengih
sendiri, saya bawa ke bilik untuk diuruskan. Minta dia bersihkan diri, bawa dia makan dan ajak dia bersembang. Tetapi, dia banyak mendiamkan diri.

Kena rasuk

Saya terpaksa mengarahkan seorang pelajar 'senior', untuk mengekori ke mana sahaja dia pergi, bimbang-bimbang dia melakukan sesuatu yang tidak diingini. Saya pula bergegas ke kedai runcit berhampiran untuk membeli 'umpan'.

Ya, hari pertama berlalu dengan baik tetapi tidak keesokan hari, pelajar-pelajar menjerit memanggil saya yang sedang mengulangkaji.

"Abang, dia telanjang bulat kat laman surau. Kat tangan dia ada pisau!" jerit
seorang pelajar berusia 13 tahun, sambil yang lain-lain bertempiaran lari.

Waduh ! pening juga. Gementar pun ada tetapi digagahkan jua. Saya lantas ambil 'umpan' yang dibeli semalam.

"Nah, kau nak ini...kau balik dan bagi pisau tu. Kalau tidak ini aku buang," jerit saya, sambil menunjukkan sebatang rokok dan kotak. Dengan cepat, dia terus menurut arahan tatkala memandang 'umpan' itu tadi. Kes itu selesai.

Satu malam, pondok kami termasuk madrasah tempat belajar 'black-out'. Gelap-gelita. Di luar mulai hujan lebat. Tiba-tiba terdengar jeritan ketakutan sekumpulan pelajar. Rupanya pesakit mental itu sedang bersilat dan kelihatan dirasuk. Mungkin dia berhalusinasi, nampak benda-benda pelik.

Saya juga panik. Jika saya berpencak silat dengan apa jua jurus, sendeng dan bunga sekalipun sudah pasti saya tewas. Dia kerasukan dan orang rasuk, katanya mempunyai kekuatan fizikal yang 'luar biasa.'

"Allahuakbar, Allahuakbar!" saya mengalunkan azan di hadapannya sehingga penghujung.
Dia, dengan muka kelihatan merah menyala, masih membuka bunga-bunga silatnya. Saya azan, kali kedua. Kali ini lebih lantang. Akhirnya, dia rebah di hujung kaki. Esoknya saya demam. Kisah-kisah ini, akan saya coretkan panjang lebar di kemudian hari.

Itulah, antara pengalaman-pengalaman 'mendidik' pesakit mental selama seminggu yang saya tiada ilmu tentangnya. Hujung minggu, datang ustaz itu kembali.

"Ustaz, saya nak ambil pesakit itu balik. Mudir arahkan saya hantar dia ke pusat pemulihan. Dia tak benarkan tinggal di sini," katanya insaf sambil tertunduk malu.

Ya, akhirnya dalam pertembungan dua-dua orang yang membawa surah-surah dan dalil-dalil al-Quran, seorang hakim yang adil diperlukan untuk memutuskan tindakan yang adil dan tepat.

Ya, arwah mudir saya melaksanakan tugas itu. Mudah-mudahan rohnya dirahmati. Dan kedua-dua kami, belajar daripada kelemahan dan kesilapan. Dan para pelajar yang baru bertatih, mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa itu.

"Sesungguhnya ada hikmah atas yang berlaku. Menjadi kafarah atas dosa-dosa yang kita lakukan," kata seorang ustaz kepada saya.

Dan teringat saya surah al-Insyirah yang antaranya berbunyi: "...Sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kesenangan..." (Al-Insyirah ayat 5-6)

Monday, June 22, 2009

" Minta i.c dan lesen encik..."

"Selamat pagi encik.. Encik kena speed trap kira-kira 24 kilometer di belakang. Kelajuan encik 138 km/j. Minta i.c dan lesen encik..."

Begitulah kata-kata anggota polis trafik yang menahan saya ketika road block di hiway LPT dekat exit ke Temerloh pagi minggu yang lalu. Pagi ahad...jam 9.30 pagi...udara sejuk...jalan clear...memang la sedap memecut!

Dengan senyum dan muka manis, beliau menjalankan tugasnya menyaman saya yang memandu melebihi had laju. Memang salah saya pun, so redha aje lah...

Selesai menulis, beliau menyerahkan notis saman untuk saya sign. Saya pun sign. Kemudian saya tanya : 'encik, berapa had laju yg boleh ye..?" "Maksimum 120 saja, tapi kalau dah 121 km/j encik akan disaman juga", katanya.

"Oohh..gitu, boleh minta maaf ke encik? Saya tak perasan tadi..." kataku cuba menagih simpati.

"Maaf cik, encik dah lebih 28 km/j. Banyak tu.." Katanya lagi sambil tersenyum.

Saya pun senyum balik padanya, dan akur bahawa beliau telah menjalankan tugasnya dengan betul. Memang salah saya dan memang patut disaman.

Pengalaman ini menangkis persepsi saya selama ini bahawa anggota polis tu kasar dan tak bersopan. Barangkali memang ada yang begitu. Tapi, bukan semuanya begitu. Anggota yang menyaman saya begitu bersopan dan berhemah sekali. Sekalung pujian saya berikan kepada beliau dan rakan-rakannya. Abang saya yang turut sama kena saman pun mengalami pengalaman yang sama.

Wak...hehe...padan muka kita !

Morale of the story :

1. Jangan pandu lebih had...!
2. Senyum itu sedekah, senyum itu pelembut hati...

Tuesday, June 16, 2009

Rezeki Menjaja Kuih

Dulu, sekitar tahun 60an dan 70an, kuih dijual dengan cara menjajanya dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki. Kemudian, penjual kuih berbasikal, kemudian bermotor.

Kini di KL dan di kebanyakan tempat lain, kuih sudah tidak dijaja dari rumah ke rumah lagi.

Penjual kuih membuka gerai jualan, dan para pembeli datang membeli di gerainya.

Namun, sewaktu bercuti di kampung di Kedah baru-baru ini, saya berpeluang berjumpa dengan penjaja kuih yang masih bermotorsikal.

Dengan motorsikal Honda 70 nya, Pak Razak masih gigih berniaga mencari rezeki yang halal. Kagum saya. Ingin sekali saya tumpang semangat dan kegigihannya itu...

Monday, June 15, 2009

Jambatan Tasik Banding, Perak.

Sunday, June 14, 2009

Back to School

Musim cuti dah habis. Sekolah dah mula semula. Ada yang mengeluh, tapi jangan terkejut, ramai juga yang bersorak gembira !

Semuanya atas niat kita.

Anda bagaimana?

Thursday, June 11, 2009

3000 cubic meter per second

Pada musin menanam padi, air empangan dilepaskan untuk mengairi sawah di seluruh negeri Kedah. Pada masa ini, air dilepaskan pada kadar 3000 kubik meter padu sesaat ! Sebenarnya itu pun belum maksimum. Kadar maksimum pelepasan air ialah 5000 kubik meter padu sesaat...


Lokasi : Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah D.A.

Menawan Sang Rusa

Ternakan rusa di Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah.
Abang Amin, Kakak Aminah and Adik Hasanah feeding the deer...


Paku potong daging

Ingat lagi tentang paku payung yang dipakukan pada kayu dalam post saya yang lalu?
Ini lah jawapannya...


Paku digunakan untuk sangkutkan daging untuk memudahkan menghirisnya.. Di tempat saya, daging dihiris di atas meja atau dialas dengan kayu atau alas pemotong daging..
Tu lah...lain padang, lain belalangnya...

Lokasi : Kampung Bukit Lada, Binjai Rendah, Bukit Payung, Kuala Terengganu
Tarikh : 7 Jun 2009

Monday, June 8, 2009

Kopok lekor

Jalan2 ke terengganu tak lengkap kalau tak beli keropok lekor. Dah selalu makan kopok lekor KL yang "penuh tepung", sesekali dapat makan kopok lekor "ori" ganu yang "penuh ikan", fuh....betapa sedapnya !
Gulung2...gentel2....plup!..bergolek terus masuk kawah air panas...5 minit lepas tu, boleh angkat dan terus makan cicah sambal dia..pehhh...!

Lokasi : Kampung Tanjung, Batu Rakit, Terengganu
Nampak tak paku payung yang di pasang kat kayu tu?


Kalau tuan bijak bistari, cuba bagitau apa kegunaan paku tu?

Cuba Teka


Apa benda ni?

Sapa tahu angkat tangan...

Tuesday, June 2, 2009

Bahana Rasuah

"Rasuah benda kecik... takkan boleh rosak negara kerana rasuah."
"Ala... setakat rasuah sikit2 takkan boleh hancur negara"
"Rasuah takde kena mengena dengan pembinaan dan pembangunan. Rasuah hanya melibatkan diri seseorang je"

Semua tu SALAH !

Rasuah adalah penjahanam negara. Mula2 rosak kepimpinan, lepas tu rosak rakyat, lepas tu rosak sistem pentadbiran.

Lama2...bangunan tu runtuh, bangunan ni runtuh, jambatan tu retak, siling bocor, jalan tar cepat rosak, macam-macam..Mana taknya, kerana rasuah, bangunan dibina tak ikut spec. Pasir lagi banyak dari simen. Patut ukuran besi 2 meter, dah jadi 1.5 meter. Jalan tar baru turap 2 minggu dah hancur. Yelah...bajet dah ciput...sebab kena bayar "kos rasuah".

Lebih parah, jenayah akan meningkat. Semua urusan hanya selesai bila ada suapan diberi. Rakyat lama-lama makin tertekan. Muncullah jenayah kecil-kecilan, akhirnya jadi jenayah besar-besaran.

Semuanya kerana rasuah.


ALLAH laknat PEMBERI RASUAH, PENERIMA RASUAH dan ORANG TENGAH yang jadi wakil.

Ayuh, kita tanamkan rasa jijik pada rasuah !