Monday, December 28, 2009

Back to School - 1431 / 2010


Ting-tong-ting-tong... hampir enam minggu sudah berlalu. Cuti sekolah 2009 menghampiri hujungnya. 1431 Hijrah sudah kita masuki, 2010 Masehi bakal menjelma sehari dua lagi.

Kalau time cuti, memang sekejap je rasanya.. kan?

Apa pun, selamat kembali bertugas buat semua warga pendidikan. Adik-adik di bangku sekolah, ayuh kemaskan beg dan buku-buku. Sesi baru sedang menanti kita untuk kita isi denga ilmu dan dihiasi dengan kejayaan.

Selamat Kembali Ke Sekolah !

Tuesday, December 8, 2009

Balik kampung...



Tak kira berapa pun usia kita, balik kampung adalah sesuatu yang istimewa.
Dekat atau jauh bukan soalnya. Perasaan gembira ketika mahu balik ke kampung amat sukar untuk disembunyikan.

Bagiku, balik ke kampung isteri di Alor Setar - sejak sekian lama ku anggap sebagai satu aktiviti melancong. Seronok rasanya dapat jumpa bapa mertua (ibu mertua sudah kembali ke Rahmatullah), adik2 ipar, pak-pak dan mak-mak saudara dan sepupu sepapat serta anak2 buah..

Perjalanan 6 -7 jam bagai tak terasa. Anak2 pula memang excited sejak seminggu sebelum tu lagi.

InsyaAllah, Khamis 10 Disember ni kami akan bertolak balik ke Alor Setar. Semoga perjalanan ini selamat dan dilindungi Allah.

Alhamdulillah...kita masih lagi Allah beri peluang merasai nikmat balik kampung. Aku insaf, ramai manusia di luar sana sudah tida peluang mengecapi nikmat itu lagi...

Friday, December 4, 2009

One man's trash is another man's treasure...


Dipetik daripada Malaysiakini.com :

Ikan sungai, ubi laris di musim bah
Dis 4, 09 3:46pm

Menikmati ubi rebus bersama kelapa atau sambal ketika minum petang di musim banjir sememangnya membuka selera.

Sebab itulah ketibaan musim tengkujuh setiap penghujung tahun di Pantai Timur sering dinanti-nantikan kebanyakan penanam ubi di Kelantan untuk menambah sumber rezeki.

"Permintaan terhadap ubi tinggi mendadak, tidak kira apa jenis ubi pun, ubi kayu, ubi keledek, ubi badak atau ubi itik, semuanya laku.

"Makin hujan makin ramai pelanggan, kalau tidak hujan pelanggan mula berkurangan. Tidak tahulah mengapa, tapi mungkin kerana kenikmatan yang dirasai apabila makan ubi dihidangkan panas-panas sewaktu hujan, memang menyelerakan," kata Mohd Naim Zainuddin, 16, seorang peniaga ubi di Machang.

Seorang penoreh getah, Meriam Dollah, 40, berkata menjual ubi di musim banjir membolehkannya menambah pendapatan keluarga kerana pekerjaan menoreh tidak dapat dilakukan ketika musim hujan.

Selain ubi, ikan sungai turut menjadi tumpuan peniaga dan pelanggan.

Saipul Bahri Osman, 30, berkata beliau akan menjual pelbagai jenis ikan sungai yang dipancingnya seperti sepat, kelah dan keli.

"Daripada sekadar hobi sebelum ini, setahun sekali dapat juga untung," katanya.

* Saya kata : Memang betullah... saya di Selangor ni, walaupun takde bah, tapi musim hujan dan cuaca yang sejuk ni membuka selera untuk menikmati hidangan ubi rebus cicah sambal ikan bilis... sedapnya? pergh...!!!

Thursday, December 3, 2009

Tanda-Tanda Kematian


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung
akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat
Baginda.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda
ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat
ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun
riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya
dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang
Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan
sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati :

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh
iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati :

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

Tanda 7 hari :

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari :

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya
yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari :

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir :

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita.

Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha
Berkuasa lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh
mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya
adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.


Sumber :
KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH
OLEH : USTAZ ABDULLAH MAHMUD
KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA
DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT,
KUALA LUMPUR.

Wednesday, December 2, 2009

Ujian Allah


Selalu aku tengok drama kat TV, tentang monolog hati pelakonnya yang di diagnosis mempunyai penyakit berbahaya...

Saat-saat menerima perkhabaran itu...
Saat-saat untuk menerima kenyataan itu...
Saat-saat untuk menerima hakikat itu...

kemudian, harus pula menyesuaikan diri untuk meneruskan kehidupan yang sudah pastinya berbeza sama sekali dengan saat sebelumnya...

Ku harap aku tak perlu melalui detik-detik seperti itu.

Allahu Ya Rabb... nusrah-Mu ku pohon saat ini...

Monday, November 30, 2009

Nuklear & Kesannya


Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang setara dengan ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad kemudianya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta tan TNT (megatan).

Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear berkekuatan 10,000 megatan TNT. Sebuah bom termonuklear mempunyai kuasa letupan lebih kuat daripada gabungan seluruh kuasa letupan yang pernah digunakan oleh manusia setakat ini, dalam setiap pertempuran di sepanjang zaman.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik.

Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan, sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia disekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakkan-kerosakkan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakkan dibebaskan dalam bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi.

Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakkan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh.

Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.

Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.

Wednesday, November 25, 2009

Tahniah kakak !




Bukan Islam Masuk Masjid...? Boleh ke?



Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH memasuki Masjidil Haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.

Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat MENGHARUSKAN bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-

1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.

2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.

3)Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.

(untuk perbincangan terperinci - rujuk www.zaharuddin.net)

Friday, November 20, 2009

Pergi kem ? eee... tak nak lah !


“Arif nak pergi kem motivasi?” tanya seorang ibu kepada si anak.

“Mmmm... errr...!!!” jawab si anak.

Tidak perlu menyusun ayat. Getar bibir itu sudah menceritakan segala-galanya.

“Kenapa tak nak pergi?” tanya si ibu lagi.

“Boring!” Arif jujur menjawab.

Susah untuk menidakkan pandangan anak-anak tentang kem motivasi.

Membosankan, tiada televisyen, tidak boleh guna telefon bimbit, tiada air-conditioner, cari salah kita orang, suruh insaf dan bertaubat dan kena menangis sebab berdosa dengan ibu bapa, kemudian kemuncaknya ialah menangis dalam gelap sebab takut mati.

Lebih teruk, penceramah dilihat sebagai orang upahan ibu bapa untuk membasuh anak-anak agar mereka insaf, dan seterusnya akan mengikut kata-kata ibu bapa. Senanglah kerja mereka.

Aduh, tidak mudah untuk persepsi ini mahu diatasi.

Ada bahagian yang perlu diusahakan oleh penganjur program, ada juga usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

DI PIHAK PENGANJUR

Cuba lihat iklan Aidilfitri PTPTN dan bandingkan dengan iklan Aidilfitri Petronas. Apakah reaksi umum kepada kedua-dua iklan tersebut?

Mungkin ramai yang sukar untuk mengingati, iklan PTPTN mana satukah yang saya maksudkan? Berbeza pula dengan iklan Petronas. Ada banyak versi yang boleh dikenang. Janda anak tujuh yang mencari daging lembu, pakcik tua dengan payung mayat membantu anak muda berkereta yang sombong, ayah jangan lupa pakai lampin tau, dan banyak lagi siri iklan Aidilfitri Petronas yang menjadi kenangan.

Ia sudah cukup untuk menjelaskan sesuatu.

“Show, don’t tell!” adalah prinsip penting dalam dunia penyiaran. Baik filem dan drama, mahu pun iklan. Filem, drama dan iklan yang baik adalah daripada jenis yang banyak memaparkan, tanpa banyak menceritakan. Atau dalam bahasa mudah, jangan berceramah, jangan membebel.


Justeru iklan Petronas kurang dialog, tetapi banyak subteks di dalam penceritaannya. Banyak benda sampai maksudnya tanpa perlu disyarahkan mesej yang hendak disampaikan. Berbeza dengan iklan PTPTN yang bersyarah, mengajar, preaching dan keputusan akhirnya, membosankan!

Kem Motivasi.

Kem adalah perkataan yang sudah ada pre conceived idea mengenainya.

Begitu juga dengan motivasi.

Kem itu hutan, panas, nyamuk, hujan, tiada Astro. Motivasi pula ceramah, bosan, basuh, dan insaf.

Justeru apa yang boleh penganjur usahakan, adalah pada mengurangkan konotasi tersebut daripada menyusahkan ibu bapa memujuk anak-anak hadir ke program.

LANGKAH PROAKTIF

1. Jurulatih dan fasilitator bukan orang upahan ibu bapa. Mereka adalah orang upahan anak-anak yang upahnya dibayar oleh ibu bapa. Apa yang anak mahu ibu bapa tahu, akan disampaikan oleh jurulatih dan fasilitator kepada mereka.
2. Ceramah bukan untuk memberitahu peserta apa yang jurulatih tahu, tetapi untuk sampaikan apa yang peserta perlu. Justeru ceramahnya pendek, diskusi dan aktiviti berkumpulan yang lebih. Tujuannya ialah, show… don’t tell!
3. Bumi luas, jangan sempitkan kepada dewan. Justeru aktiviti adalah indoor, outdoor, dan ‘tidor‘ (tidur)!
4. Solat 5 kali tetapi makan 6 kali!

DI PIHAK IBU BAPA

Rekod komunikasi ibu bapa dan anak penting untuk dinilai.

Jika selama ini ibu bapa lebih banyak memerintah dan anak-anak pula memang sentiasa dipaksa untuk belajar, dipaksa untuk mandi, dipaksa untuk solat, dipaksa untuk tutup televisyen, justeru jangan terkejut jika cadangan untuk anak menyertai kem motivasi mendapat reaksi yang negatif. Sukar untuk membayangkan tiba-tiba munculnya miracle!

Jangkaan atau expectation mesti disesuaikan dengan track record hubungan di antara ibu bapa dan anak. Seandainya ibu bapa dan anak banyak terisi komunikasi antara mereka dengan diskusi, mendengar sebelum didengar, maka ruang perbincangan untuk mengajak anak ke kem motivasi mungkin lebih mudah.


LANGKAH PROAKTIF

1. Penghantaran bukan hukuman, tetapi hadiah. Ibu bapa yakin bahawa anaknya hebat dan banyak potensi. Tetapi mereka memerlukan beberapa kemahiran, pendedahan, jaringan rakan dan pengalaman yang ibu bapa tidak boleh berikan di rumah. Kem ini dipilih untuk melengkapkan perjalanan hebat anak-anak
2. Jurulatih dan fasilitator adalah bekas peserta yang pernah bosan dengan kem motivasi. Yakinkan anak-anak bahawa mereka tidak akan dibosankan oleh mereka yang pernah menderita dibosankan oleh program-program yang pernah mereka sertai semasa di usia anak-anak.
3. Jurulatih dan fasilitator adalah bekas remaja yang masih dekat usianya dengan anak-anak berbanding ibu bapa dan guru-guru. Jika memandang dari jauh, pandangan sudah samar. Jika memandang terlalu dekat, pandangan juga kabur. Memandang pada jarak sederhana, memberikan penglihatan yang tepat dan jelas. Itu kelebihan jurulatih dan fasilitator kem yang dipilih ini.
4. 3 hari 2 malam ini adalah satu-satunya peluang dalam setahun, untuk ayah keluar berdating dengan ibu. Boleh kan?

Selebihnya, terserah kepada kebijaksanaan ibu bapa meyakinkan anak-anak bahawa menyertai kem adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan.

( diolah semula daripada tulisan Abusaif - www.saifulislam.com )
Gambar : Kem Kepimpinan dan Jatidiri (KENDIRI) SMKBU3 2009
13 - 15 November 2009
Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Chongkak, Hulu Langat, Selangor.

Abuamin Telah Kembali...

Hari ini genap 42 hari blog ini tidak diupdate.

Hari ini bermulalah cuti persekolahan akhir tahun bagi 2009 ini. Kukira, barangkali inilah masanya untukku kembali menghidupkan blog ini, sebagai satu wadah perkongsian ilmu dan pengalaman.

Juga, ku harap skill penulisanku akan dapat diasah kembali.

Buat teman-teman yang masih sudi menjengukku di sini, hanya doaku yang mampu ku berikan atas rasa terharu dan kasihku pada teman-teman yang sudi berziarah...

Friday, October 9, 2009

Kesian blog ku...



Sejak ku kenali FB, semakin kurang tumpuanku untuk menulis.
Tambahan pula dgn kerja2 rasmi di sekolah.. dgn jaga examnya...dgn laporan2 akhir tahunnya...masaku untuk update juga makin berkurangan.

Tapi itu excuses je... faktor utamanya... m*l*s ! hehehe...

Sahabat2 yg singgah di sini, maafkan saya ye.. barangkali bila start cuti sekolah bulan 11 nanti... blog ini akan kembali bernyawa...

Wednesday, September 30, 2009

Islam di kandang orang salah..

(Tulisan ini saya petik daripada www.nobisha.blogspot.com )

Seorang teman merungut. Katanya, dia mengadu kepada seorang ketua jabatan mengenai kegagalan perkhidmatan yang disediakan. Beliau menceritakannya dengan terperinci. Oleh kerana itu bukanlah perkara pokok di sini, biarlah saya simpan aduannya itu.

Selepas beberapa kali mengadu, akhirnya ketua jabatan memanggil beliau. Dalam pertemuan itu, ketua jabatan tersebut berkata, "Awak sepatutnya bersyukur. Cuba awak lihat di luar sana, masih ramai lagi yang tak ada pekerjaan. Bersyukurlah dan terimalah semua ini seadanya. Usah mengadu!"

Dia menceritakan hal itu kepada saya dengan nada kesal. Pertama, kesal kerana aduannya disisihkan begitu saja. Kedua, kesal kerana konsep syukur yang cukup murni disalahgunakan bagi menutupi kelemahan perkhidmatan.

Cerita beliau mengingatkan kisah seorang rakan yang baru pulang umrah. Pengalamannya di sana agak teruk. Masalah pengangkutan dan penginapan. Apabila dia mengadu kepada agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan tersebut, reaksi yang diterima ialah, "Ini semua adalah ujian Allah s.w.t. kepada semua pengunjung tanah suci Mekah."

Rakan itu tidak dapat menerima kata-kata tersebut; apatah lagi meletakkan kegagalan memberikan perkhidmatan kepada Allah s.w.t.

Kata sahabat tadi, inilah jadinya apabila Islam diheret dan dipersalahkan setiap kali manusia melakukan kesalahan: Islam diletakkan di kandang orang salah dan menjadi "punching bag" bagi menutupi kelemahan kita sendiri!

Magnitud 8.3 pada skala Richter..

Gempa bumi dan tsunami di Lautan Pasifik...Lokasi : Bangunan Pago Pago, Samoa Amerika.

Syukur..syukur..syukur padaMu ya Allah... tanahairku masih terpelihara daripada ujian bencana Mu ini ya Allah..

Friday, September 25, 2009

Salam Eid...

Minal 'aa ideen wal faa izeen wal maqbuuleen...
Kullu 'am wa antum bikhair...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Semoga tarbiyyah Ramadhan yg lalu akan mengistiqamahkan kita sehingga tiba Ramadhan tahun depan.

MAAF ZAHIR BATIN.

Wednesday, September 16, 2009

Ini penjelasanku...

Salam Syawal.

Dekat2 nak raya ni, tetiba nak bercerita juga ttg politik pulak.

Sekadar menjawab respon SAUDARA UMATMU diruangan chatbox saya, izinkan saya explain...

1. Adakah releven seorang Islam mengata @ mengutuk seorang Islam yang lain?

Saya kata : Ya dan tidak - bergantung kepada situasi dan keadaannya.
Dalam keadaan biasa, mengata dan mengutuk adalah termasuk dalam perbuatan dosa. Namun, dalam keadaan menentang kezaliman dan kemungkaran, ada keperluan untuk mengata untuk menyatakan sikap penentangan kita terhadap kemungkaran.

Kalau seorang Islam tu dah terang2 melakukan kezaliman dan kemungkaran - lebih2 lagi seorang yg berkuasa, kita wajib mencegahnya dengan tangan, lisan atau hati (hadith).

Panjang nak explain benda ni, tapi lebih mudah kalau ada satu-satu isu yang boleh kita fokuskan untuk dijadikan contoh.

2. Adakah seseorang itu diukur dengan satu tindakan yg tidak baik atau satu tindakan yang baik?

Saya kata : Dua-dua sekali. Dalam Surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8, Allah nyatakan setiap perbuatan kita sama ada yg baik atau buruk akan dilihat (dihitung)walaupun perbuatan itu hanya sebesar zarah (atom - yg paling halus).

3. Jika seorang pemimpin sudah jauh tersasar daripada matlamat sebenar dan mengikut perasaan adakah pemimpin itu layak untuk diikuti?

Saya kata : Sudah tentu tidak !

4. Adakah UMNO tidak sama seperti parti yg lain?

Saya kata : Parti yang lain tu parti apa ye? Dan persamaan tu dalam konteks apa? Saya tidak jelas dgn soalan ini kerana terlalu umum. Namun kalau berdasarkan entry saya, jelas UMNO tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlembagaan dan perundangannya - dan tidak juga cuba menjadikan Quran dan Sunnah sebagai asas perlembagaan negara walaupun sudah lebih 53 tahun memerintah.

Islam bukan semata2 membina bangunan masjid, tapi yg lebih penting membina umat manusianya, human capitalnya. Dan asas pembinaan manusia itu ialah dengan merujuk manualnya - iaitu Al-Quran.

5.Minyak mengikut harga dunia.. jadi besyukurlah walaupun naik sedikit.. kita sebagai warga Malaysia dan orang melayu jgn lah asyik bergaduh dan fitnah menfitnah.

Saya kata : Soal minyak ni dah terlalu panjang perdebatannya. Saya jawab mudah je. Malaysia negara pengeluar minyak. Apabila harga minyak dunia naik, Malaysia turut dapat keuntungannya. Jadi, kenapa harus bebankan rakyat dengan kenaikan itu sedangkan keuntungan negara telah meningkat?

Betul, saya setuju sangat. Orang Melayu janganlah asyik bergaduh dan menfitnah. Tapi malangnya, orang Melayu juga yg menzalimi bangsanya sendiri.

Yang sumbat orang Melayu dalam ISA adalah orang Melayu.
Yang menafikan hak orang Melayu Kelantan dapat royalti minyak adalah orang Melayu.
Yang penjarakan orang Melayu atas tuduhan yang direka2 adalah orang Melayu.

Yang pukul dan siram air asid kpd orang Melayu adalah orang Melayu.
Yang jual tanah orang Melayu kepada Singapura adalah orang Melayu.
Yang robohkan penempatan orang Melayu di Kg. Berembang, Kg. Chubadak dan banyak tempat lain adalah orang Melayu.

Abih tu, macam mano ?

5. Tidak terfikir ke? orang cina dan india sedang seronok melihat gelagat org melayu bergaduh dan bertekak sesama sendiri? inginkah kita kehilangan kerajaan sendiri? seperti kerajaan Islam di Thai?

Saya kata : Siapa yang tak sayangkan tanahair Malaysia ni? Sebab itulah kita berjuang nak selamatkannya daripada terus dijual dan di hancurkan oleh segelintir pemimpin Melayu sendiri. Rasulullah dulu berperang menentang bangsanya sendiri iaitu Arab Quraisy kerana mereka menentang hukum Allah. Soal bangsa adalah no.2 - kita berjuang kerana Allah atas sebab nak daulatkan Islam.

Kalaulah Allah menilai mulianya sesuatu bangsa, nescaya bangsa Arab adalah bangsa paling mulia. Tapi tidak ! Nabi kata, tiada bezanya bangsa arab dan bukan arab melainkan dgn taqwa.

Bangsa bukan perjuangan kita, tapi Islam. India atau cina atau apa2 bangsa pun, selagi dia mahukan Islam, maka dia adalah saudara kita. Tiada mulianya bangsa Melayu berbanding bangsa2 lain kalau iman dan Islam sudah tercabut dari jiwanya !

Tuesday, September 15, 2009

Syukur Ya Rabb... mereka akhirnya merasai udara kebebasan...

Apabila saya online pagi ni - 26 Ramadhan - saya terkejut membaca satu berita : 5 orang tahanan tanpa bicara ISA akan dibebaskan petang ini.

Alhamdulillah...

Saya tiba2 jadi sebak. Mereka bukan ahli keluarga saya, bukan rakan2 saya, tapi mereka adalah saudara satu akidah saya yang telah dipisahkan dengan keluarga tersayang dan dizalimi sekian lama.

Walaupun saya tak kenal mereka, apatah lagi mereka tak kenal saya, tapi saya merasa dekat dengan saudara2 Islam saya yang dizalimi ini.

Saudara Mat Sah Sahray dan Dr. Abdullah Daud telah ditahan tanpa bicara sejak hampir 8 tahun lalu.

Saudara Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah pula dah ditahan lebih 2 tahun.

Saya sering membayangkan betapa sukarnya kehidupan isteri dan anak2 tahanan itu selama mereka ditahan, dan betapa gembiranya anak2 dan isteri meraka menyambut kepulangan ayah dan suami - lebih2 lagi menjelang 3 hari sebelum Syawal ini.

Syukur Ya Rabb...

Terima kasih la Menteri Dalam Negeri. Tapi sebenarnya, tak perlu ucap terima kasih pun.

Kenapa?

Apa perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghukum kita tanpa bicara yang tidak mahu lagi menyiksa kita semata-mata kerana bimbang kepentingan politik mereka akan terjejas jika terus menyiksa orang yang tidak dibuktikan kesalahannya.

Perlu diingat bahawa apabila mereka berhenti menyiksa, ia dibuat kerana kepentingan politik mereka serta untuk dijadikan modal kempen mereka. Bukan kerana mereka mempunyai sifat ihsan.

Akta zalim ini tetap wajib dihapuskan dan bebaskan semua tahanan atau bicarakan mereka di mahkamah terbuka.

Semestinya, Fajar Syawal nanti adalah detik paling bermakna buat mereka dan kita semua...

SALAM EIDULFITRI...

Monday, September 14, 2009

Aidilfitri Yang Selamat...


Ramadhan kian menipis... Namun harapan kita agar iman kita kian menebal.

Sana-sini kawan2 sibuk bercerita ttg plan balik kampung. Buat diriku, tahun ni kami sekeluarga beraya di Kapar, insyaAllah. So, takdelah nak drive jauh..

Buat sahabat2 yg nak drive jauh, berhati-hatilah memandu. Buat perancangan dan pastikan diri cukup fit utk memandu.

Kebanyakan kemalangan berlaku akibat kecuaian. Part yg kita boleh hindar, kita hindarkan. Kalau takdirnya kena juga, itu ketentuan Allah yg kita mesti redha. Tapi apapun, biarlah usaha kita utk elakkan kemalangan tu yg jadi keutamaan.

Salam akhir Ramadhan... Salam Aidilfitri...

Friday, September 11, 2009

"Umno ialah sebuah parti Islam sebenar" ?

Pagi tadi, semasa driving nak ke sekolah, saya dengar berita radio jam 7.00 pagi dari Radio KLFM 97.2 MHz.
Bila saya dengar berita ni, saya tak tahan nak tergelak... kah..kah..kah...

Ini beritanya :

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini".

"Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda".

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah di sini hari ini".


Hehe.. kalau itulah ukuran parti Islam, maka parti-parti politik di US, UK, Jepun, Korea dan hampir semua parti politik di negara maju di Eropah dah jauh lebih lama menjadi "parti Islam", berbanding UMNO. Ini kerana mereka jauh lebih advance dalam usaha membasmi kemiskinan rakyatnya.

Fasal mana dalam perlembagaan UMNO yg menyatakan ia menjadikan Quran dan Sunnah sebagai asasnya, lalu melayakkannya menjadi sebuah parti Islam?
Ish...ish...ish...Pak Najib....dok buat apa tu?

Thursday, September 10, 2009

Syawal kelam selubungi keluarga mangsa ISA


Ramadan ini merupakan yang ketiga kalinya, suasana berbuka puasa dan gurau senda keluarga ini tanpa ayah. Cukup sunyi, pilu dan termanggu sendiri. Di kala orang lain, usik-mengusik sambil berjalan beriringan ke pasar juadah bersama insan yang tercinta, dia dan dua adiknya hanya menggenggam jemari ibunya. Sesekali soalan sama terpacul dari mulutnya.

"Mana ayah mak?" tanya Fathur Rahman Al- Ghazi, 5 tahun kepada ibunya, yang mula bergenangan air mata. Setiap hari, tiap malam tanpa jemu, soalan sama diaju. Namun susuk tubuh ayah dikasihi, masih tak muncul di pintu rumah mereka.

Sehinggalah pagi 10 September (semalam), ketika kami memberhentikan kereta di laman rumahnya di Simpang Durian, Negeri Sembilan kira-kira tiga jam lebih dari Kuala Lumpur. Tatkala itu terdengar dan tergiang-ngiang suara riuh adik-adiknya Ubaidah Al-Harith, 3 dan Uwais Al-Qarani, 4 membuat hati kami bertiga tersentak.

"Yei, ayah balik...ayah balik!" riuh mulut mereka sambil memanggil ibunya, Hidayu Kamrulzaman, 26 supaya membuka selak pintu. Dan tatkala ianya terkuak, empat pasang mata si comel terpaku, bercahaya lantaran kelibat kami bertiga disangka ayah, muncul secara tiba-tiba. Wajah mereka persis kecewa.

Serentak itu, mereka terus bertubi-tubi bertanya saya yang sedaya upaya menahan sebak. Ya, tahun lalu, di rumah ini juga, saya 'berjanji' bahawa suatu hari nanti ayahnya kan pulang jua tetapi kedatangan kali ini cukup hampa. Saya kandas menunaikan janji 'ahli-ahli syurga' ini.

"Acik, mana ayah...acik tak bawa ayah balik ya..?" tanya mereka, membuatkan saya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Jurugambar Nasir Sudin terdiam sejenak lantas melabuhkan tubuh sambil menenangkan sikecil yang tidak berdosa ini.

Bayangkan ketiga-tiga kanak-kanak ini, ditinggal ayah secara paksa pada suatu malam durjana, 5 April 2007. Ketika itu Ubaidah, 5 bulan baru lepas menyusu badan manakala Hidayu lantas menyiapkan sajian makanan untuk suami yang tercinta.

Dengan tidak semena-mena rumah mereka 'dirempuh' masuk. Tanpa banyak cerita, suami Muhammad Amir Mat Hanafiah digari lalu dibawa pergi kononnya atas keselamatan negara di bawah ISA, Akta tanpa jiwa.

Esakan sikecil dan rayuan isteri, tidak langsung meruntun jiwa penguasa yang tidak bermata itu. Kering dan kasar. Dan saat itu suasana di Flat murah di Petaling Jaya itu, hiba dan sayu mendengar tangisan empat beranak memecah kesunyian malam. Dan derita itu, sampai kini ditanggung badan dan perasaan.

"Saya hampir pengsan dan tak boleh nak menjamah secubit pun makanan, sedangkan anak bongsu menyusu badan...cukup sengsara waktu itu," jelas Hidayu sambill sesekali mengusap air mata dengan bucu tudungnya. Lutfi dan Nasir mendengar cukup tenang manakala kedua-dua si comel itu, lasak mengerumuni saya.

Hidayu terus menceritakan detik sayu ketika anak bongsunya dimasukkan ke Hospital Jelebu kerana sakit teruk di tekak. Dia merayu kepada pihak Kamunting dan polis agar membebaskan sementara, agar sikecil dapat bertemu ayahnya sekejap cuma.

Namun, rintihan itu tidak diambil pusing. Kata mereka tiada menteri yang boleh tandatangan surat pelepasan suami kerana hari itu, hari cuti.

"Saya sedih sangat. Anak sakit teruk dan anak sebut nama ayah tapi tak ada yang endah..." luah Hidayu dengan nada yang tersekat-sekat. Malah, bulan Julai baru-baru ini ketika melawat ayahnya di Kementa, si bongsu dan Uwais meronta-ronta tidak mahu melepaskan ayahnya setelah waktu melawat tamat.

Lebih pilu, hanya tatkala berlaku kematian, barulah penguatkuasa tersentak dan memberi izin tahanan ISA menziarahi jenazah insan tercinta dengan masa yang sangat suntuk.

Itulah yang berlaku kepada dua tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, 46 yang sudah ditahan lebih 8 tahun ketika ibu tercinta meninggal dunia dan saat Shahrial kehilangan anak tersayang, yang jatuh nazak secara tiba-tiba sehari sebelumnya.

Pastinya di saat ibu Mat Sah, Saoda, 71 bergelumang maut, wajah anaknya yang tercinta cukup didambakan. Begitu juga Aina Mardhiah Shahrial, 17 pasti mengharapkan belaian manja tangan sang ayah, Shahrial buat kali yang penghabisan.

Tapi apa kan daya, Akta dan penguasa lebih rela membiarkan kedua-dua mereka menatap wajah jernih jasad kaku pergi tanpa salam perpisahan.

Beginilah antara derita, kepiluan dan trauma yang dilalui keluarga mangsa ISA. Siang malam, jadi igauan ngeri. Tanpa kecuali gangguan panggilan misteri dan aneka tekanan yang diterima anak dan isteri.

Setelah mendengar kisah duka Hidayu dan menceriakan seketika keletah tiga anaknya, kami berangkat pulang sambil Lutfi menghulurkan wang derma hasil sumbangan orang ramai yang begitu simpati dan prihatin nasib malang yang menimpa keluarga-keluarga mangsa ISA ini.

Sekurang-kurangnya, sumbangan itu bak cahaya lilin mampu menerangi Ramadan dan Syawal mereka yang tak beerti ini.

Minggu depan, 15 September, Ketua Pengarang Harakah ini akan terbang ke Sabah, menunaikan hajat orang ramai untuk terus membantu dan menyampaikan dana lebih 10 keluarga mangsa ISA di Sandakan, Tawau dan sekitarnya. Khabarnya, kisah dari sana juga turut menyayat hati sanubari.

Ada ibu yang membesarkan 7 anak, ada yang daif dan buta huruf,malah anak-anak tidak pernah menjenguk dan menjejak kaki ke sekolah, lantaran pencari rezeki - siayah dan suami tersumbat sepi di tirai besi.

Dan apalah ertinya sambutan Hari Raya apabila kasih sayang terpisah jua.

ISA kejam memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dan terjerumus ke lembah hina malah ada anak yang akhirnya menjadi gila! Begitu puaka akta itu.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami berkali-kali cuba menghubungi sebuah keluarga mangsa ISA yang tinggal di sekitar Kuala Pilah, namun tidak berjawab sedangkan sebelum ini, mereka cukup menyantuni dan mengalu-alukan kedatangan kami.

Tapi kali ini sepi. Andaian mungkin, keluarga mereka dikenakan syarat tertentu, untuk tidak mendedahkan diri kepada pihak media, setelah tahanan dibebaskan.

Saya masih lagi teringatkan Fathur yang bersama ibunya tiap Hari Raya kedua, membelah gelap subuh pagi menuju ke utara dengan menaiki bas. Selama lima jam perjalanan, dibalas dengan sejam masa lawatan. Alangkah sedihnya

Panggilan 'ayah' tidak putus di bibir sang anak. Menghilangkan rasa rindu, datuknya juga dipanggil ayah. Malah kehadiran kami selama sejam, dirasai cukup bermakna, kerana untuk seketika, ada teman sepermainan dan gurau senda mereka.

Mata Hidayu berkaca ketika menceritakan Fathur yang saban hari menyebut nama ayahnya malah lebih sayu melihat anak sulungnya itu terpinga-pinga tanpa jawapan pabila kawan-kawan tadikanya bertanyakan di mana ayahnya itu.

"Ini kali ketiga mereka sambut Raya tanpa ayah...entahlah, bagaimana mereka lihat orang lain ada ayah sedangkan dia tidak..." jelas Hidayu.

Kemudian imbauan saya terkenang pula lokasi Kampung Sg. Tiram, Johor, menyelami derita seorang kanak-kanak perempuan Hawa Baraah Zakaria, 7 tahun yang 'kehilangan' ayahnya secara tiba-tiba, seminggu selepas hari raya beberapa tahun yang lalu.

Hawa, ketika saya tiba bersama Lutfi tahun lalu, kelihatan pucat lesi. Matanya buntang melihat begitu ramai mengunjungi rumah kecilnya itu. Dia mengesyaki seolah-olah saya akan membawa 'pergi' ibunya sama seperti ayahnya juga.

Lantas, dalam keadaan kelihatan canggung dan takut-takut terus merapati sambil tangannya tak lekang dari jemari ibunya. Tidak ada senyuman diraut wajahnya nan comel itu.

"Maafkan anak saya ini. Dia takut-takut sejak dari penahanan ayahnya itu sehingga dia merasakan ada orang nak memisahkan antara saya dan dia," kata ibunya, Saodah Matin, 26.

Akibat dari trauma dan ketakutan yang amat sangat, Hawa tidak pernah bersekolah sedangkan rakan sebayanya sudah berada di dalam darjah satu. Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, Saodah terpaksa mengupah guru mengajar di rumahnya dengan bayaran RM200 sebulan.

Teringat juga saya kepada sebuah keluarga bekas pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang turut menjadi mangsa akta ISA ini.

"Suami dan menantu saya ditahan pada Januari 2002 sebelum menunaikan solat subuh. Rumah kami digeledah sementara kami sekeluarga diarah duduk di anjung rumah bersama anak-anak yang lain," kata Zakiah Mat menceritakan trauma enam tahun lalu.

Wajahnya yang kelam dan tunduk ketika ditanya menzahirkan segala kesusahan yang dirasai. Menampung kehidupan, isteri pensyarah ini membuat dan menjual kuih 'Tepung Pelita' sekitar kawasan perumahannya.

Ya, seorang demi seorang anak-anak hilang kasih sayang, lantaran akta padah ini. Mereka 'ahli-ahli syurga' yang dicengkam derita dan terpaksa melalui kehidupan sengsara, tidak seperti rakan-rakan yang lain yang riang gembira.

Bermain-main, bersenda-loka dan memeluk erat tubuh ayah, suatu nikmat seorang anak yang dianugerahkan Tuhan kepada 'ahli-ahli syurga' ini. Si kecil ini tidak pernah mahu apa-apa melainkan, ada ayah di sisi di kala malam hari, di waktu lepas sekolah siang hari dan tatkala tiba Syawal nanti.

Namun itu hanyalah mimpi, selagi pengubal, pencipta, pemimpin dan pelaksana akta ini tidak pernah ambil peduli. Letakkanlah, diri kita di tempat mereka atau bagaimana anak-anak kita, seperti mereka?

Dan soalan bertali arus ini tidak pernah putus dari ingatan selagi Akta ini masih ada di depan mata.

Bantu mereka yang teraniaya, hulurkanlah tangan untuk meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA. Sudilah menyalurkan derma ikhlas anda ke akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM bernombor 5640 7000 0336.

Dengan sedikit perhatian dan dana, moga dapat menyinari hati dan perasaan keluarga mereka yang duka lara tanpa insan yang tercinta menjelang Syawal tiba.

Fasa ke-3 Ramadhan : Pelepasan daripada api neraka...



Fasa ketiga @ terakhir sudah tiba... dalam 9 malam terakhir ini, mampukah kita mencapai maqam taqwa itu...?

Tuesday, September 8, 2009

AL-QURAN itu CAHAYA

Tips Ramadan : Masyarakat 'nyah-peka' tragedi Nurin, Sharlinie

Oleh Sdr.Azamin Amin(www.harakahdaily.net)

Tahun ini merupakan Ramadan yang ketiga, si comel Nurin Jazlin Jazimin meninggal dunia pada 17 September 2007 setelah dia hilang, diculik lalu dibunuh kejam.

Kisah ini cukup sakit dan mengerikan. Menyusul pula, tragedi kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, yang tiada khabar berita sehingga kini.

Nama-nama dan wajah-wajah tidak berdosa ini, masih segar diingatan namun setakat manakah kisah pilu ini menjadi pengajaran? Atau sekadar takut dan waspada bermusim sahaja jadi pegangan. Lihatlah keliling-kelalang betapa ramai yang alpa dan acuh tidak acuh dengan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di luar.

Buktinya, lihat sendiri di pasar raya, pusat membeli belah, pasar malam atau bazar Ramadan. Betapa ramai yang 'berenggang' dengan anak-anak, malah ada yang tercicir di belakang, mengekori ibu ayah yang leka membeli. Lebih dukacita, ada yang sanggup meninggalkan anak di rumah atau dalam kereta tanpa pengawasan sesiapa.

Senario itu, berubah seketika pada 20 Ogos 2007, tatkala Nurin hebah diculik sewaktu pergi ke pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Masyarakat mula berhati-hati saat itu.

Kemudian Syarlinie, kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi, 9 Januari 2008. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Image

Hanya waktu itu sahaja, ketika kes culik dan hilang memuncak, masyarakat benar-benar 'prihatin' dan sikap tidak pernah melepaskan genggaman telapak tangan anak cukup menarik perhatian. Saat itu, pelbagai nasihat dan saranan dicurahkan pada anak, agar menjauhi oarang yang dicurigai, malah setiap gerak geri si kecil ini, sentiasa ayah ibu awasi.

Namun, ianya tidak berkekalan, apabila sikap 'tidak apa' kembali wujud dalam diri masayarakat. Anak-anak kini bermain sesuka hati di mana-mana sahaja, tanpa sesiapa pun peduli. Ketika ghairah membeli atau bercuti, anak-anak kecil tidak berdosa ini, selalu tercicir sendiri.

Perkara ini diakui sendiri oleh Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim yang melihat masyarakat sudah mula 'nyah-peka' dan tidak menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan anak-anak mereka.

"Mula-mula, masyarakat tersedar dari tidur, kemudian...mereka kembali semula kepada pemikiran konservatif dan asal, iaitu, setiap kejadian hilang dan culik hanya akan berlaku kepada orang lain, bukan kepada diri mereka sendiri.

"Sebenarnya, kalau kita tidak berhati-hati walaupun sesaat...maka sesaat itulah yang diperlukan oleh penjenayah untuk melakukan kerja mereka.

"Dan kita yang sebenarnya mencipta ruang jenayah kepada penjenayah. Sejujurnya, tahap kesedaran keselamatan masyarakat masih tidak berubah dan membimbangkan," katanya ketika ditemubual oleh Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau yang begitu ramah dalam perbualan, senantiasa terbuka untuk mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengannya berkongsi maklumat, pengalaman dan tips bagi mengelakkan kejadian jenayah berlaku. Image

"Setakat yang aktif ialah An-Nisa, yang sentiasa menjemput dan mengadakan program. Badan-badan lain khususnya pertubuhan politik masih lagi dingin terhadap kursus, seminar dan dialog pencegahan jenayah.

"Saya berharap, langkah-langkah pencegahan jenayah ini, melepasi sempadan politik dan kepartian kerana ianya untuk keselamatan masyarakat sejagat dan harapan saya ini akan berubah," kata Kamal (gambar) yang begitu padat dengan jadual aktiviti jemputan taklimat pencegahan jenayah.

Berikut adalah Tips mengesan dan mengelak kejadian penculikan dan kehilangan kanak-kanak oleh Kamal buat ibu bapa dan masyarakat supaya semua pihak mengetahui langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) untuk mengesan dengan segera atau menemui mangsa penculikan dalam jangka masa terdekat seterusnya menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak :

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporkan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian :

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah :

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan :

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe
4 .Tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh:

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT.

Sunday, September 6, 2009

Nuzulul Quran 1430 Hijriyyah

Quran bukan untuk hiasan..
Quran bukan semata2 bahan hantaran..
Quran bukan untuk di frame kan..
Quran bukan hanya utk tatapan..
Quran bukan hanya utk pertandingan..

Quran adalah bacaan...
Quran adalah amalan...
Quran adalah kehidupan...

Quran adalah ubat...
Quran adalah penawar...
Quran adalah anti oksidan kemungkaran...

Quran adalah perundangan...
Quran panduan pemerintahan...
Quran panduan hingga akhir zaman...
Ramadhan - "The Spiritual Spring" - "Musim Bunga Kerohanian"

Friday, September 4, 2009

IBU INI


(oleh Sdr.Hishamuddin Rais : www.tukartiub.blogspot.com)

kau perhatikan muka si ibu ini

apakah yang sedang mengharukan
apakah rumahnya telah diruntuhkan
apakah suaminya ditangkap polis tak ada khabar berita
apakah anaknya hilang entah ke mana

ibu ini dari kandahar
ibu ini dari kabul
ibu ini dari peshawar
ibu ini dari tak bai
ibu ini dari kampong buah pala
ibu ini dari kampong berembang
ibu ini dari tasek utara
ibu ini dari salvador

ibu ini adalah emak kita
ibu ini adalah pemelihara kita
ibu ini adalah bumi
ibu ini adalah alam semesta

ibu ini sedang bersedih
ayer matanya belum menitis
hatinya telah lama koyak
kau perhatikan mukanya
segala kegumbiraan telah melayang hilang

ibu ini sedang menangisi kita
ayer matanya belum menitis

titisan ayer matanya adalah gelombang
titisan ayer matanya adalah ribut
titisan ayer matanya akan melingkup bumi
titisan ayer matanya adalah ucapan terakhir untuk bumi manusia

PIALA MUTTAQIN 1430H


Separuh masa pertama sudah berlalu... RAHMAH...
Separuh masa kedua sedang berlangsung... MAGHFIRAH...
Separuh masa ketiga bakal menyusul...PELEPASAN DARIPADA API NERAKA...

Mampukah kita menjulang PIALA MUTTAQIN pada tahun ini?

Monday, August 31, 2009

Hadiah Merdeka?


Harga minyak naik lagi.

RON95 : RM1.75 naik jadi RM1.80 seliter.
RON97 : RM1.80 naik jadi RM2.05 seliter.

Terima kasih la Pak Najib.

Orang Cina kata : itu BN kalu menang pilihan laya, balang (barang) misti naik punya!
Saya kata : ooo...patut la pun. BN = Barang Naik !

Sunday, August 30, 2009

Kampung juga yg paling seronok...



Tiada yg lebih seronok dalam Ramadhan ni selain drpd dapat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kampung.

Alhamdulillah...

Kadang-kadang kita lupa bersyukur apabila dapat nikmat sebegitu. Hakikatnya, ramai insan di luar sana yg tidak dapat lagi menikmati pengalaman seperti itu.

Ada yg bapanya telah tiada...
Ada yg ibunya telah tiada...
Ada yg telah kehilangan kedua2nya...
Ada yg ibu dan bapanya sudah tidak tinggal bersama...
Ada yg berjauhan daripada ibu bapa kerana kerja...
Ada yg berjauhan daripada ibu bapa kerana belajar...
Ada pula yg sudah berkerat rotan dengan ibu bapanya...
Tak kurang juga yg dibuang oleh ibu bapanya...
Ada yg sudah tidak punya lagi kampung halaman...
Ada juga yg ibu bapa di depan mata, tapi tiada lagi kemesraan antara mereka...

Simpati...

Bagi kita yg masih ada tempat untuk berbahagia dan bermanja, usah lupa utk mensyukurinya...

Kerana, ketentuan Allah itu akan datang bila-bila...

Bagi diriku, Alhamdulillah... setinggi2 syukur ku panjatkan kepadaNya...

Salam 10 Ramadhan.

Wednesday, August 26, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Kenyataan media Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang
26 Ogos 2009
5:51pm

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Tuesday, August 25, 2009

Pelihara Mata, Telinga dan Lidah...

Banyakkan Tadarus Al-Quran

Dirikan Solat Tarawikh