Monday, November 24, 2008

Menjadi Dewasa




Hari ini anak lanang sulungku - Aminul Hakeem bersunat. Usianya 7 tahun. Darjah 1 nak masuk darjah 2. Dia dah minta nak sunat sejak awal tahun lagi "Berani juga dia", getus hatiku.

Dia mengingatkan ku pada diriku sendiri. 1983. Aku minta nak sunat dgn abah. Tapi abah buat dekk je sampailah aku darjah 3 - 1985. So, aku bersunat umur 9 tahun.

Bersunat menjadi lambang. Lambang kedewasaan. Lambang kematangan. Lambang bahawa "aku dah besar". Itu yang aku fikirkan tahun '85 dulu. Aku rasa, anakku kini pun berfikiran sama.

Satu saja yang berbeza. Dulu aku bersunat di klinik gunakan pusau dan gunting. Sekarang, laser menjadi pengganti. Aku tak pernah melihat laser bersunat. Hari ni baru nak lihat.

Bersunat adalah ibadah. Ikut sunnah Rasul. Jaga kebersihan diri.

Lantaran itu, semoga ibadah ini akan mendewasakan anakku menjadi Muslim yang berjasa pada ibu bapanya, keluarganya, ummahnya dan Islam terutamanya...

No comments: