Saturday, January 31, 2009

Cuti-Cuti Malaya

Dalam Semenanjung, hanya kawasan selatan Pahang dan timur Johor yang belum saya jejaki. Kesempatan dapat menghantar adik balik ke Kolej Komuniti Rompin saya gunakan untuk meneroka kawasan itu.

Rabu :

7.30 am - Bertolak dari kampung
9.00 am - Berhenti rehat dan sarapan kat Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah
11.00 am - Tersilap jalan - menuju ke Gemas. Semuanya gara-gara ternampak signboard "ROMPIN". Rupa2nya kat N.9 pun ada Rompin. Rugi 30km @ setengah jam masa perjalanan..

1.00 pm - sampai di Kuala Rompin & hantar Hambali ke kolejnya. Kelas jam 2.00 pm.

2.00 pm - ronda2 Kuala Rompin, pegi lepak kat Pantai Hiburan. Pasirnya putih tapi ombaknya ganas.. Sekarang musim angin dan ombak kuat katanya..

4.00 pm - Pegi rumah saudara sepupu - Pak Tam. Malangnya dia ke Kuantan. Hanya ada isteri (Mak Tam dan anak-anaknya).

5.00 pm - ke rumah Pak Cik. Nama tempat : Rumah Pemulihan Banjir a.k.a RUMAH BANJIR - sebuah kawasan penempatan semula mangsa banjir besar di Johor tahun 1970an dulu. Rumah2nya macam rumah Felda, tapi majoritinya dah diubahsuai.

Pak Cik dan Makcik bersunguh2 betul suruh kami bermalam di rumahnya. Siap suruh ambik Hambali di kolej. Akhirnya kami akur sebagai memenuhi permintaan mereka. So, kami ambik Hambali, dan petang itu kami ronda2 sekitar Kg. Sepayang, Rumah Banjir dan kampung2 berhampiran. Menarik...

Jangan tak tau... di Kuala Rompin pun ada sawah padi !


Udang galah di Empangan Kuala Rompin. Kalau kat sini udang ini dianggap masih kanak2.. (saiz S)


Pinjam udang orang buat posing.. Saiz L dan XL sedang menanti.. tunggu !!


Sungai Rompin yang masyhur sebagai syurga memancing udang galah


Tiga orang nelayan kampung baru pulang dari sungai. Pendayung sampan (duduk di hujung sampan) ialah seorang nenek yang saya anggarkan berumur tidak kurang 65 tahun! Gagah kan..! Awak larat ke ?


Selain memancing udang galah dan ikan, mereka turut mencari lokan. Caranya ialah dengan "memarang" lumpur, Kalau terasa ada lokan, mereka seluk selut lumpur dengan tangan. Kalau ada permintaan, lokan dijual. Kalau tidak, mereka makan sendiri.


Udang galah Rompin... saiz M & L


Tak sempat nak tangkap gambar, dah kena siang nak di masak oleh Mak Cik... ambik gambar sepit aje la..


Gulai Udang Galah... perghhh...terangkat beb !


Goreng pun sodappp...


Aminul Hakeem and Tok Cik ( Pak Cik ) during dinner

Kami akan kembali ke sini...

Sehari di Kuala Rompin memang tak cukup. Yang pasti, saya akan kembali ke sini kalau diizinkan Allah untuk cuba menangkap sendiri udang galah Rompin.

Bulan April pula, adalah musim udang laut. Khabarnya hanya perlu meranduk air pantai separas perut bersama jaring ditarik oleh 2 orang, hasilnya adalah berbakul2 udang laut bersaiz ibu jari. Kemanisan udang segar...fuhhh..! memang tak boleh tahan.

Majoriti penduduk Rumah Banjir, Kg. Sepayang dan Felda Selendang adalah kaki sungai dan laut. Pak Cik dan Adik On sendiri memiliki sebuah bot fiber, sebuah enjin sangkut, pelbagai alatan menangkap ikan, udang dan juga burung sungai. Joran saja dah berbelas-belas...

Terima kasih banyak2 Pak Cik, Mak Cik, Adik On (Azrul) dan kakak Siti Nur Zaleha. Jasamu kan kami kenang selamanya..

Rompin...tunggulah kedatanganku !

p/s : Adik On, ada komen ? Nanti kita turun sungai sama2 ye... :)

No comments: