Sunday, October 3, 2010
Sistem pendidikan sedang dicabul?
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.
Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.
Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.
Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.
Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.
Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.
Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.
Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.
Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.
Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.
Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.
Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.
Mampus lah kita macam ni...
(artikel dipetik daripada www. malaysiakini.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sdikit sbyk sy mmg stuju dlm soal ni.. sy, ialah bkas plajar di sbuah sekolah d ngri tgnu.. spm 2010..mmg sy akui, apabila tiba waktu2 peperiksaan, satu fenomena berlaku dmane plajar2 sibuk mncari soalan2 bcor..n mmg xmngejutkan bg kami jka soalan bocor itu mmg sebijik dgn soalan2 sbnr shgga tiap kali peperiksaan ckgu2 akan menukar soalan jpn kpd soalan yg dibuat sndri trutama soalan2 objektif.. fenomena soalan bocor ini trut brlaku swaktu peperiksaan sbnar spm.. jd, keadaan ini buat sy trtanya2, knp ia blh brlaku? apakah sistem pndidikan d ngara ini trlalu lemah?
Post a Comment