Monday, January 4, 2010

ALLAHU RABBUNA


Isu nama ALLAH meletus kembali. Ramai yg menentang keputusan mahkamah tersebut, namun ada juga yg berhujjah mengenai keharusan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

Berdasarkan pemahaman saya setelah membaca pendapat beberapa tokoh ilmuan Islam, pertentangan pendapat oleh pihak yg pro dan pihak yg kontra tidaklah membawa kepada tergelincirnya akidah. Walaupun ada pihak yg setuju dgn penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim, mereka bersandarkan hujah Al-Quran juga.

Usah emosional... isu ini memerlukan ilmu yg mendalam dan pemahaman yg luas ttg hukum2 fiqh. Apa pun, isu ini hanyalah sebahagian daripada puluhan keputusan mahkamah yg merobek hati umat Islam. Cuba lihat ni...

Kes Pertama:
Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua:
Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga:
Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat:
Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh mahkamah.

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid oleh FRU, sebagai hadiah kerajaan BN?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Janganlah kita jadi golongan yang menjunjung nama Allah, tapi menyepak dan menerajang segala hukum dan peraturanNya...

No comments: