Saturday, January 9, 2010
"Banyakkan menerang, bukan menyerang"
(Dipetik daripada www.harakahdaily.net)
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.
Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.
"Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya.
Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.
Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.
"Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.
"Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini," katanya lagi.
Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.
"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?
"Ini punca sikap jahil terhadap agama Islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi.
Abuamin kata : dalam masayarakat Islam kita hari ini, ramai yg boleh menunjukkan kesalahan, tapi tak ramai yg boleh tunjukkan cara yang betulnya. "Itu salah, itu berdosa, itu tak baik.." full stop. Patutnya, sambung lagi : "haa..ini yang betul, ini caranya, inilah yang baik..."
Dalam Quran disebut, amar makruf dulu, lepas tu nahi mungkar.. kan? Ayuh kita ubah pendekatan kita supaya lebih hikmah..(renungan dan muhasabah utk diriku jua)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment