Tahun Baru Hijrah - I Muharram 1430 - jatuh pada 29 Disember. Tahun Baru Masehi jatuh 3 hari selepas itu.
Tapi, kita lebih ingat dan exited dgn tahun masehi...
Cuba tanya.. tahun baru tahun berapa? pasti cepat jawabnya : 2009 !!!
Tanya pula, tahun baru Hijrah tahun berapa? errr... emmm...1431 kot...?
Ini sebenarnya mencerminkan diri kita, dan iman kita.. walaupun tak secara langsung.
Semoga tahun baru menjadikan kita lebih hampir kepada-Nya. Amin...
( Catatan Hadi : ketika aku menulis ni, kedengaran bunyi mercun dan bunga api di seluruh BTP...menandakan jam 12.00 malam 1 Jan. 2009 . Yang menyambutnya, orang kita juga... kenapa 1 Muharram tak meriah macam tu ekkk? )
Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
Hukum Ucap Selamat
Soalan :
Apa hukum kita mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut bukan Islam?
Jawapan :
Ada dua pendapat dalam permasalahan ini:
1. Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan.
Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, tidak menolong seorang Muslim dalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.
2. Jumhur ulama masa kini membolehkan pengucapan Hari Natal, antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berpendapat bahwa perubahan masa menjadikan dia berbeza pandangan dengan Ibnu Taimiyah.
Al-Qaradhawi membolehkannya apabila mereka adalah orang-orang yang lembut ke atas Muslimin, lebih-lebih lagi apabila ada hubungan kejiranan, teman sekuliah, sepejabat dan lain-lainnya. Hal ini termasuk dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah.
Tidak dilarang bagi seorang muslim atau badan Islam memberi selamat atas perayaan ini, baik dengan lisan atau pun pengiriman kad ucapan yang tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib. Ucapan-ucapan yang digunakan dalam pemberian ucapan selamat ini pun haruslah yang tidak mengandungi unsur pengukuhan ke atas agama mereka.
Tidak dilarang menerima hadiah mereka karena sesungguhnya Nabi s.a.w telah menerima berbagai hadiah dari bukan Muslim seperti al-Muqouqis Pemimpin al Qibthi di Mesir dan juga yang lainnya dengan syarat bahawa hadiah itu bukan yang diharamkan seperti arak, daging babi dan lainnya.
Antara para ulama yang membolehkan hal ini adalah Dr Abdus Sattar Fathullah Sa'id, Dr. Muhammad Sayyid Dasuki, Ustadz Musthafa az Zarqo serta Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. (www.islamonline.net)
Tapi, mengikuti program Natal bersama bagi umat Islam hukumnya haram. Supaya umat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah, maka dianjurkan untuk tidak mengikuti kegiatan-kegiatan perayaan Natal.
Berkasih sayang penganut Kristian, tapi maruah Islam harus dipelihara
Namun, sikap baik kepada mereka bukan bererti harus kita terjun dalam prinsip agama, dalam lingkungan aqidah mereka.
Kembali kepada formula awal tadi. Sikap, pendirian dan amalan kita mestilah berteraskan kepada maruah dan kasih sayang. Atas nama kasih sayang, boleh hadir dalam jamuan mereka, tetapi untuk mengangkat doa, mengaminkan bacaan doa mereka, maka hal itu tidak diperlukan, kerana ini bersangkutan maruah agama.
Lihat juga bagaimana dalam kes-kes Rasulullah s.a.w bertindak ketika berdepan dengan orang-orang bukan Islam. Ada waktu-waktunya, seperti baginda mengalah, berkompromi tetapi dalam hal lain, baginda bertegas.
Dalam kes Hudaibiyyah, baginda mengalah kerana hal itu tidak terkait dengan hal ibadat. Tapi, baginda enggan mengalah dan tunduk kepada permintaan yang mahu berkompromi soal ibadat, misalnya hari ini Rasulullah s.a.w menyembah berhala bersama-sama orang-orang kafir manakala esoknya orang kafir akan menyertai nabi menyembah Allah.
Hal ini nabi tolak melalui penyataan: 'Lakum diinukum wa liya deen.' (Kamu dengan hal agamamu, aku dengan urusan agamaku.)
Demikian juga ketika nabi dipujuk untuk diserahkan wanita, harta termasuklah diangkat sebagai pemimpin, maka nabi menolak ajakan tersebut kerana syaratnya ialah tinggalkan urusan dakwah Islam ini.
Ringkasnya, dalam hal maruah, tiada kompromi. Tetapi, kita mestilah raikan saudara non Muslim atas nama kasih sayang dengan menziarahi mereka jikalau ada jemputan kenduri, acara makan dan minum petang di rumah mereka.
Sebenarnya, agak sulit untuk non Muslim memahami beberapa perkara dalam Islam ini kerana ruang untuk mereka faham ini agak terbatas dan pendidikan kita tidak menjurus kepada usaha untuk memahamkan non Muslim di negara ini terhadap agama Islam.
Akhirul kalam, saya berpandangan tiada masalahnya kalau orang-orang agama kita pergi menziarahi dan menghadiri upacara perayaan agama dan kaum lain. Memang kita sedang berdepan dengan masalah selisih faham kebangsaan dan keagamaan di Malaysia hari ini dan semua ini menuntut keikhlasan dan masa untuk sama-sama kita memahaminya.

Monday, December 29, 2008
Sahabat lama
Hadrat Syah Bin Mustakim.
Kali terakhir kami bertemu ialah pada 1994, ketika sama2 ambil result SPM 1993. Kami duduk bersebelahan dalam kelas Form 5. Result pun sama : aggegate 8. Tapi kombinasinya subjeknya lebih baik berbanding saya. Dialah best student sekolah SPM 1993. Aku ke-2 dibelakangnya.
Lepas tu kami bawa haluan masing2. Dia ke UM, aku ke UIA. Tak pernah jumpa lagi.
14 tahun selepas itu, kami bertemu lagi - tanpa disangka - duduk makan berdepan dalam majlis kenduri anak saudaraku.
Kali ini, dia dah ada 4 anak. Aku ada 3. Dia bertugas sebagai Pen.Pengarah di LHDN. Orang "income tax" ! hehe..
Tak dapat nak sembang panjang. Masa dan keadaan menghambat perbualan.
Cepat betul masa berlalu.
Benarlah, kenangan zaman sekolah adalah kenangan terindah yang akan kita ingat sampai bila2..
(Hadi kata : Hadrat, pas ni kita leh keep in touch selalu..rumah pun dah dekat2...)
Tuesday, December 23, 2008
Pokok apa ?
Tahu tak tuan-tuan...pokok apa ni?
Haa.. inilah Pokok Ketum.
Daunnya direbus dan diminum (macam teh) - digunakan secara tradisi sejak dulu untuk menambahkan tenaga bekerja (khususnya di sawah) dan untuk memulihkan kelesuan badan.
Malangnya...
Sekarang ia banyak disalahgunakan menjadi minuman yang mengkhayalkan.
Tu lah... ubat, bila disalahguna, akhirnya jadi racun..

Sunday, December 21, 2008
Saturday, December 20, 2008
Elok juga kita renung2kan...
Saya dah balik KL..
Holiday @ balik to Kedah saya dipendekkan. 16 hb dah balik sini, tapi pastu jadi tour guide Pak Tam sefamily selama 4 hari area KL, Putrajaya, Klang dan Genting Highlands.
Baru hari ni sempat nak update.
Saya kongsikan sebahagian aktiviti saya sekeluarga sepanjang 2 minggu ni..
(* muka saya takde sbb saya yg ambik gambar..)
Harap tuan2 tak bosan... :)

Monday, December 8, 2008
Saya Bercuti...
7 Zulhijjah - 18 Zulhijjah 1429
@ 5 Disember - 16 Disember 2008
Saya sekeluarga balik kampung - mula2 balik Kapar, pastu balik Alor Staq.
Sahabat2 yang ziarah, tinggalkan lah pesanan.
Selamat Hari Raya Idul Adha. Doakan kami selamat dalam perjalanan...
* Adinda Syukri Norza telah kembali ke Rahmatullah petang 9 Zulhijjah lalu. Saya akan menulis tentangnya nanti, Insya Allah... Al-Fatihah.

Thursday, December 4, 2008
Salam IdulAdha 1429
10 Zulhijjah bakal menjelma lagi.
Hari Raya Korban, walaupun tidak semeriah Idullfitri, adalah hari BESAR kita sebagai Muslim. Bagi yang menghayati falsafah IdulAdha, tentunya berasa insaf mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap anaknya, Nabi Ismail Alaihissalam.
Bagi jemaah haji, IdulAdha menjadi memori terindah - berada di Tanah Suci menjadi tetamu Allah di samping dapat ziarah Kekasih Allah.
Bagi yang tidak menghayatinya, IdulAdha hanyalah satu hari cuti dan peluang makan daging korban fresh secara percuma.. !
Semoga kita terjumlah dalam kalangan hambaNya yang bersyukur dengan nikmat dan sanggup berkorban demi akidah yang kita pertahankan.
...SELAMAT HARI RAYA IDULADHA...
( Hadi kata : makan daging tu beringat...kang BP naik...!)

Tuesday, December 2, 2008
9 = tujuh lekat + dua terlepas...
Monday, December 1, 2008
Ahlan ila BTP
Hari ni seorang sahabat lama di UIA dulu berpindah masuk ke BTP - menjadi ahli baru di kejiranan kami.
Ahlan wa Sahlan Muhamad Azlan dan family.
Dulu, semasa zaman belajar, kami pernah makan setalam, lepak sebilik, tapi tidur lain-lain bantal.. :)
Seronok rasanya..
Lepas ni, ada lah kawan untk "ngeteh" malam2, atau memancing peacock bass pada hujung minggu...
Insya Allah, kami sekeluarga akan ziarah rumahnya nanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)