Hadrat Syah Bin Mustakim.
Kali terakhir kami bertemu ialah pada 1994, ketika sama2 ambil result SPM 1993. Kami duduk bersebelahan dalam kelas Form 5. Result pun sama : aggegate 8. Tapi kombinasinya subjeknya lebih baik berbanding saya. Dialah best student sekolah SPM 1993. Aku ke-2 dibelakangnya.
Lepas tu kami bawa haluan masing2. Dia ke UM, aku ke UIA. Tak pernah jumpa lagi.
14 tahun selepas itu, kami bertemu lagi - tanpa disangka - duduk makan berdepan dalam majlis kenduri anak saudaraku.
Kali ini, dia dah ada 4 anak. Aku ada 3. Dia bertugas sebagai Pen.Pengarah di LHDN. Orang "income tax" ! hehe..
Tak dapat nak sembang panjang. Masa dan keadaan menghambat perbualan.
Cepat betul masa berlalu.
Benarlah, kenangan zaman sekolah adalah kenangan terindah yang akan kita ingat sampai bila2..
(Hadi kata : Hadrat, pas ni kita leh keep in touch selalu..rumah pun dah dekat2...)
No comments:
Post a Comment