Tuesday, April 28, 2009

Banyak Kesan Negatif Penyiaran Filem Seram

Oleh : Dato' Dr. Haron Din

SOALAN:
Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Pontianak Harum Sundal Malam, Keliwon, The Seekers dan macam-macam lagi . Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak? Mohon pandangan Dato'.
- Mohd. Nizam Zakaria, Rawang

JAWAPAN:
Secara peribadi, saya jarang sangat menonton filem atau drama yang anda nyatakan. Bagaimanapun, apabila mendengar nama-nama filem yang anda sebutkan, maka dapatlah saya bayangkan apa bentuk hidangan oleh penerbit kepada masyarakat, terutama orang Melayu-Islam.

Setiap filem pasti ada mesejnya. Mesej filem-filem tersebut, adalah hendak menarik penonton terperap di hadapan TV, melalui cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan.

Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
Akhirnya, hasil daripada menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan, kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.

Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani.
Tidur malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.

Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui kelemahan dirinya.

Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu atau disembunyikan puaka dan sebagainya.

Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.

Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.
Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah, berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti minta tolong kepada hantu.

Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.
Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada mereka, bukannya perkara baru.

Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya): "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Surah al-Jin, ayat 6)

Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka.
Alam mereka sama dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi.
Jin-jin ini sebenarnya tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia.
Sekadar menggertak atau menakut-nakutkan mungkin boleh.

Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka, sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.
Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan cerita-cerita makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak-anak dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau menghalang mereka keluar malam.

Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jin-jin (makhluk halus) dengan mata kepala mereka?

Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa bentuk gangguan mereka?

Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku.
Yang wujud hanyalah rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat. Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika, sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.

Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.

Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang, berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur tersebut.

Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan, bagi mengelak seksa kubur.

Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia dibolehkan.

Maka renungilah sedalam-dalamnya. Sekian, wallahua'lam.

Saturday, April 25, 2009

Selangor vs Kelantan (2)

Keputusan Final Piala FA 2009 :

Full time 90 minit : 0-0
Masa tambahan : 1-1
Penentuan penalti : Kelantan 1 : 4 Selangor
Muktamad.

Kehadiran penonton : anggaran 70,000 orang.



Penonton yang solat maghrib : entah lah...tapi nampak lebih ramai yg lepak2 daripada solat maghrib. Yg datang pakai seluar pendek pun ramai... yang sejak petang dah conteng @ warnakan muka pun ramai...macam mana mereka solat maghrib ye..?

Tengok atau main bola hukumnya harus. Tapi ia akan jadi haram kalau dgn sebab bola solat ditinggalkan.

"Susah lah bang nak solat...ramai sangat. Lg pun surau penuh, nak wuduk pun susah. Nanti balik rumah qada' je lah " Itu alasan yg biasa didengar.

Solat adalah kewajipan muslim. Dan solat tak boleh diqada' sesuka hati. Qada' hanya untuk yg tertidur dan terlupa sahaja. Alasan lain tidak diterima syara'.

Kalau hendak seribu daya, kalau malas seribu alasan.

Solat beralaskan bendera. Boleh je.. Saya pun gitu..Iman kpd Allah + patriotik kpd negeri.

Solat beralaskan surat khabar... Yg penting kewajipan ditunaikan.

Apa pun, tahniah Selangor, tahniah Kelantan, kerana bermain dgn baik. Tahniah penyokong kedua-dua pasukan kerana sporting spirit yg tinggi dan berdisiplin.
Ada kawan yg kata ini adalah game "adik-beradik". Saya setuju...!

Selepas ni ada Piala Liga Super dan Piala Malaysia pula untuk dikejar. Ada rezeki, kita jumpa lagi di pentas final...

Selangor vs Kelantan

Malam ini FINAL PIALA FA - menemukan dua pasukan terbaik Malaysia pada masa ini :
SELANGOR lawan KELANTAN

Saya penyokong setia Selangor, tapi saya juga sukakan Kelantan.
So, game malam ni memang menarik ! Kebetulan, kedua-duanya adalah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Saya doa2 juga kalau2 YAB MB Selangor dan YAB Tuan Guru MB Kelantan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni, dan duduk bersebelahan...

Walaupun saya harap Selangor menang malam ni, sebenarnya jauh di lubuk hati saya - sesiapun yang menang adalah kemenangan bagi saya.. so, saya takkan kalah la malam ni !
Jangan marah ! hehehe...

Takbir ! Allahu Akbar !

Friday, April 24, 2009

Nostalgia


Di sini ku kenali dunia pendidikan
Di sini ku fahami hakikat tarbiyyah
Di sini ku fahami tanggungjawab seorang mudarris...mu'allim...murabbi

Di sini ku temui sahabat-sahabat sejati
Di sini juga ku kehilangan seorang daripada mereka

Di sini, aku menjadi dewasa
Ku harap suatu hari, aku akan kembali ke sini
Walau kapasitinya takkan lagi sama
Kerana cintaku bermula di sini
Dan hingga kini masih lagi bersemi
Hinggalah ke akhir nadi

Thursday, April 23, 2009

" al-fitnatu asyaddu minal qatli "

Guruku di sekolah dulu selalu mengingatkanku...jauhi fitnah, kerana fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Kadangkala, kita terjebak dalam fitnah secara tak sengaja. Kita buat lain, tapi orang sangka lain. Kita niat begini, tapi orang anggap begitu. Kita cakap ABC, tapi orang dengar XYZ...

Aku lalui pengalaman ini. Apabila terjebak, walaupun bukan itu niat kita, cukup sukar nak memulihkannya kembali. Tambahan lagi, apabila terpaksa pula berhadapan dengan insan yang berwatak wartawan - gemar mencari cerita dan menyebarkan cerita.

Mengingatkan pesan guruku, katanya :" memang susah bila dah kena...macam tertusuk paku karat. Bagaimana nak mengatasinya? Berhati2 lah bila berjalan, supaya tak tertusuk paku karat. Sekali terkena, payah mencari ubatnya..."

Mulai hari ini, aku berazam, aku akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Aku tak mahu lagi tertusuk paku berkarat itu !

Taubat

Rasulullah bertaubat tidak kurang 70 kali dalam sehari. Rasulullah maksum. Kalau ikutkan logik akal kita, buat apa Rasulullah yang terpelihara daripada dosa nak bertaubat kepada Allah?

Ada hikmahnya.

Rasulullah nak didik kita umatnya agar mencontohinya. Kita bukan maksum. Kitalah yang patut bertaubat sebanyak-banyaknya. Kalau dihitung dan dicatatkan dalam buku, berapa kali agaknya kita buat dosa dalam sehari?

Dosa kecil, dosa besar...
Dosa sengaja, dosa tak sengaja...
Dosa kepada Allah, dosa kepada sesama manusia...

Astaghfirullahal 'azim...

Wednesday, April 22, 2009

5F Senjata Yahudi Hancurkan Muslim

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang.

Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu" - Al-Baqarah :120

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.

F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun


Kegilaan Muslim dengan hiburan sebenarnya adalah hasil jarum halus yahudi. Program hiburan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan sebagainya adalah program yg menjuruskan muslim kepada perasaan cintakan hiburan atau hedonisme. Ini belum termasuk hiburan konsert yg penuh maksiat, pesta2 hiburan dan sebagainya.

F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Monday, April 20, 2009

Kabus Pagi di BTP

Lokasi : Bandar Tasik Puteri, Rawang
Masa : 7.30 pagi
Suhu : 18 darjah Celcius

Sekali-sekala, apabila tiba "musim sejuk" beginilah keadaannya. Kabus berada separas dengan lampu jalan, menjadikan seolah-olah awan langit berada beberapa meter di atas kepala. Jarak pandangan ke depan pula hanya lebih kurang 30 meter, menimbulkan rasa takut nak tekan minyak kereta sebab tak nampak apa yg berada di depan.

Maha Suci Allah...



Namun begitu, kesejukan udara pagi amatlah menyamankan... Bila bernafas keluar wap. Rasa macam duk kat Armsterdam semasa winter...hehehe...

Wasiat ke-7 Al-Banna : Elakkan Bercakap Nyaring

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna. Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.
Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.
Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Jangan nyaring berwirid

Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.
Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.
Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..

Jangan keraskan suara di depan guru

Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi.

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa

Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat asal-usul (ibu bapa) bagi mendapatkan redha yang paling asal, yang paling awal (Allah s.w.t).

Saturday, April 18, 2009

Tudung Lawan Tali Leher

“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior.

Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir.

“Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.

Cakap saya memang gurau-gurau.
Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.

Membunuh sikap double standard yang sering berlaku oleh orang kita sendiri terhadap tuntutan agama kita ke atas kita. Tiga kali ‘kita’.
Apa yang pasti, tudung busuk lagi kotor atau tidak bertudung, dua-dua tidak Islamik. Apa yang Islamik ialah bertudung, dan tudungnya bersih tidak berbau.

Ketika negara ‘kafir’ seperti United Kingdom sudah jauh ke depan dalam menghormati agama, membenarkan aurat dipelihara di dalam pasukan beruniform dan perkhidmatan kesihatan, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?

SIFIR TULEN VS PALSU

Sifirnya mudah.

Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.

Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.

Kata orang Arab: "at-taabi'u asyaddu minal matbu'"

“Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut”

Barat itu biasa-biasa sahaja.
Yang terdesak mahu menjadi Barat ini yang berlebih-lebihannya.
Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!

PERBANDINGAN SOLAT

“Makcik kalau dah sakit perut sangat, memulas-mulas dan makcik sedang menyiram bunga di tengah-tengah jalanraya, makcik sanggup buang air besar di tengah jalan?” saya bertanya dengan bahasa provokasi, iaitu bahasa simpanan yang hanya sesekali dipanggil masuk ke gelanggang.

“Tak sanggup!” katanya tegas.
“Habis makcik buat apa?” saya bertanya lagi.
“Makcik cari jugalah mana-mana semak untuk buang air,” katanya.
“Aha, kalau solat ni sama penting dengan berak tu pun jadilah!” saya menamatkan perbualan yang amat ‘jarang berlaku’ itu.
Makcik itu ketawa. Saya tahu dia akan ketawa. Sebab itu saya berani menggunakan analogi seteruk itu.

Macam-macam alasan diberikannya bahawa susah untuk solat semasa bekerja. Tetapi kalau berak, kurang pula alasannya. Boleh sahaja dicari semak samun untuk melepas. Tahu malu! Tetapi kalau solat, macam-macam alasan diberi. Tak ada telekung, sejadah tak bawa, kain kotor, dan entah apa-apa lagi. Sedangkan semua masalah itu jalan keluarnya mengikut peruntukan azimah dan rukhsah dalam Islam.
Sama jugalah dengan aurat.

Baju lengan panjang kotor, tudung bawa kuman dan seribu satu alasan untuk menolak pemakaian yang elok menutup aurat di hospital oleh doktor dan jururawat. Semuanya kerana Tuhan bukan prioriti utama. Sebab itu berani beralas-alasan. Bermalas-malasan.

Tetapi tali leher yang tidak membawa konotasi agama, hampir tidak pernah saya mendengar kerisauan sesiapa untuk ia berjuntai-juntai di sisi pesakit. Selepas tali leher, tali pinggang lelaki, cuba tanya berapa kali setahun dibasuhnya? Semua itu bukan source of infection? White coat, rajin benarkah ia dibasuh?
Semua itu ada jawapan masing-masing.

Tetapi menyerang tudung dan baju lengan panjang, ia hanya presenting problem. Ada pun the real problem, pentingkah Tuhan dalam hidup kamu?

(dipetik dengan sedikit suntingan daripada www.saifulislam.com)

Friday, April 17, 2009

Klang

Pemandangan bandar Klang Utara ( pemandangan arah ke Kuala Selangor)
Gambar diambil dari tingkat 15 Hotel Goldcourse Klang


Lihatlah sungai itu... Sungai ternama di Malaysia...Sungai Klang !Kerajaan Selangor beri tender kpd firma Eropah untuk pulihkan sungai tu. Dalam masa 10 tahun lagi, kita dah boleh mandi-manda kat Sungai Klang yg jernih airnya bersama keluarga..Mudah-mudahan...

Kursus Pentaksiran & Pembinaan Modul PMR/SPM 2009

Buat modul bersama Ust. Zainol Abidin (SMK Jugra)
Team PMR dan team SPM.. masing2 khusyuk buat kerja
Posing sat...jangan maraa aa...

Hati Hidup Hati Mati

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

KENAPA HATI MATI ?

1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

TANDA-TANDA HATI MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

HATI MATI KERANA 3 PERKARA :

1. Hubbu dunia (kasihkan dunia)
2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

HATI HIDUP KERANA 3 PERKARA :

1.Zuhud dengan dunia
2.Zikrullah
3.Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Sunday, April 12, 2009

Erti Hidup Pada Memberi...

Saya meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) :
" ERTI HIDUP PADA MEMBERI "

Lama saya taakuli kata-kata itu. Akhirnya saya faham.

Kita gembira apabila menerima sesuatu daripada orang. Namun, sebenarnya kita akan lebih gembira kalau kita dapat memberi sesuatu kepada orang lain.

Kepuasan diri seorang hartawan, ialah bila dia dapat bersedekah sesuka hatinya.

Kepuasan diri seorang ilmuan, ialah bila dia dapat mencurahkan segala ilmunya kepada orang lain.

Kepuasan diri seorang ibu, ialah bila dia dapat memberikan kasih sayang sebanyak-banyaknya kepada anak-anaknya.

Kepuasan diri seorang guru, ialah apabila mendapati tunjuk ajar yg diberinya dulu menjadikan anak-anak didiknya berjaya dan menjadi insan yg mulia.

Bagaimana kita nak memberi? Berilah apa sahaja yg ada dengan iklhlas hati.

Kalau harta yg kita ada, berilah...
Kalau ilmu yg kita ada, berilah...
Kalau kasih sayang yg kita ada, berilah...
Kalau hanya senyuman saja yg kita ada, berilah...

Percayalah... nikmat memberi itu jauh lebih hebat daripada nikmat menerima.

Kursus Jurulatih Dakwah (3)

Para peserta mengabadikan kenangan bersama Penolong Pengarah Kanan Dakwah & Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam JPS (semuanya 68 orang peserta dari seluruh Selangor)

Ust.Shopuan (Pen.Pengarah Kanan SPI)dan Ust.Hisham bersama barisan Jurulatih dan Urusetia

Saturday, April 11, 2009

Kursus Jurulatih Dakwah (2)

Kursus JU Dakwah. Ada ratusan gambar sebenarnya... yg ada ni main ambik2 je..
Aktiviti Team Building
Flying Fox ( 300 meter panjangnya !)Kak Ada sempat posing lagi..
Jurulatih Utama - Ust Fazli - jurulatih hardcore ni.. :)
Peserta tekun mendengar ceramah Ustaz Jagung..
Merunut Hutan @ Jungle Tracking

Friday, April 10, 2009

Kursus Jurulatih Dakwah

Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam 2009
anjuran Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor.
6-8 April 2009
Agrotek Garden Resort, Kg. Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

Perhimpunan pagi
Simulasi Ice-Breaking
Sesi Taaruf Jurulatih
Survival - masak ditebing bukit didalam hutan

Doa sebelum jungle tracking

Sunday, April 5, 2009

Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009

Tempat : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya
Tarikh : 4-5 April 2009

Timb. Pengarah JPN Selangor bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Tn. Hj Bajuri - Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor

Kump. Paluan Gemilang - wakil Kuala Selangor ( Johan )

Johan Berzanji Marhaban Negeri ( wakil Klang ) - bakal mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan

Johan Kompang Selawat Negeri - bakal mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan


Friday, April 3, 2009

Pemahaman dan salah faham

Dalam hidup, setiap hari kita menerima khabar, berita dan maklumat. Ada maklumat yg benar, ada maklumat yg separuh benar, dan banyak juga maklumat yg palsu.

Setiap maklumat yg kita terima, harus kita fahami dan tapis kebenarannya. Nak memahami maklumat satu hal, nak mengetahui kebenarannya lagi satu hal.

Kalau kita gagal memahami maklumat, kemudian gagal memastikan kesahihan maklumat, maka akhirnya jadilah SALAH FAHAM.

Salah faham akan mencetuskan kekeliruan. Kekeliruan mungkin menimbulkan kekalutan. Kekalutan akhirnya menyebabkan perselisihan dan permusuhan.

Allah telah berikan kita ingatan dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Jadi, berhati-hatilah apabila menerima maklumat.

Thursday, April 2, 2009

Tuan Guru Nik Aziz dan Siti Nurhaliza + Datuk K



Baguih la Kak Siti... Mudah-mudahan terbuka hatimu untuk perjuangkan Islam pula satu hari nanti. Jadi ikon Muslimah Solehah..

Projek Upgrade Surau

Mulai hari ini, kerja2 menaiktaraf surau bermula. InsyaAllah, lantai akan di"tile", dinding akan dicat semula, white board dan skrin baru akan dipasang, dan sebuah "mini office" akan dibina. Projek ini adalah sumbangan Lembaga Zakat Selangor dan Baitulmal Wilayah Persekutuan.



Projek selanjutnya ialah untuk melengkapkan surau kita dengan sebuah LCD Projektor yang tetap. Sumbangan tuan2 amat dialu-alukan.

Pelangi Petang Di BTP

Wednesday, April 1, 2009

Monolog Diriku

Seorang anak muda menghamburkan kemarahan kepada saya. Marah sungguh dia. Sampai terkeluar perkataan dahsyat itu. Saya tertegun seketika ketika melihatnya. Namun kemudian saya kembali tersenyum... :)

Amarah itu kerana saya "mencampuri urusannya". Lantaran "campur tangan" saya itu, dia dimarahi keluarganya. Kerana saya juga, langkahnya kini jadi terbatas.

Wahai anak... dirimu itu adalah umpama permata yang suci dan berharga. Jagalah dirimu. Jagalah maruahmu. Jagalah akidahmu. Kalau kebebasan yang kau cari, ketahuilah bahawa kebebasan itu kelak akan membelenggumu di akhirat. Kalau keseronokan yang kau cari, sedarlah bahawa keseronokan itu bakal membakarmu di neraka.

Kalaulah kau tahu betapa pedihnya hati ibumu.. Kalaulah kau tahu betapa beratnya tanggungjawab ayahmu... Kalaulah kau tahu betapa sayangnya guru2 mu terhadap anak-anak muridnya... nescaya kau tak gamak melakukan semua itu.

Bagi diriku, biarlah... itu memang asam garamnya. Bukanlah pejuang namanya kalau tidak menerima ujian. Rasulullah - Kekasih Allah pun dicerca, dihina dan dibaling batu sampai berkocak darah di dalam sepatunya.. Oleh sebab itu, aku redha.

Hanya doaku buatmu - semoga Allah mengasihimu dan membuka hatimu untuk melihat cahaya kebenaran...