Seorang anak muda menghamburkan kemarahan kepada saya. Marah sungguh dia. Sampai terkeluar perkataan dahsyat itu. Saya tertegun seketika ketika melihatnya. Namun kemudian saya kembali tersenyum... :)
Amarah itu kerana saya "mencampuri urusannya". Lantaran "campur tangan" saya itu, dia dimarahi keluarganya. Kerana saya juga, langkahnya kini jadi terbatas.
Wahai anak... dirimu itu adalah umpama permata yang suci dan berharga. Jagalah dirimu. Jagalah maruahmu. Jagalah akidahmu. Kalau kebebasan yang kau cari, ketahuilah bahawa kebebasan itu kelak akan membelenggumu di akhirat. Kalau keseronokan yang kau cari, sedarlah bahawa keseronokan itu bakal membakarmu di neraka.
Kalaulah kau tahu betapa pedihnya hati ibumu.. Kalaulah kau tahu betapa beratnya tanggungjawab ayahmu... Kalaulah kau tahu betapa sayangnya guru2 mu terhadap anak-anak muridnya... nescaya kau tak gamak melakukan semua itu.
Bagi diriku, biarlah... itu memang asam garamnya. Bukanlah pejuang namanya kalau tidak menerima ujian. Rasulullah - Kekasih Allah pun dicerca, dihina dan dibaling batu sampai berkocak darah di dalam sepatunya.. Oleh sebab itu, aku redha.
Hanya doaku buatmu - semoga Allah mengasihimu dan membuka hatimu untuk melihat cahaya kebenaran...
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment