Friday, July 10, 2009

Sembang Hukum (1)

Bersama Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Berjeans tidak tutup aurat?

Soalan :
Adakah seorang wanita boleh dianggap tidak menutup aurat jika berpakaian ketat seperti seluar jeans atau seluar yang nipis sehingga menzahirkan bentuk tubuh badan sedangkan dia bertudung?

Aliyah,
Selangor

Jawapan :
Walaupun bertudung, memakai seluar dan baju ketat dengan menampakkan susuk tubuh tidak dianggap menutup aurat dengan sempurna.

Al-Quran mengariskan panduan kepada wanita Islam seperti berikut: "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka." (Surah an-Nur: 31)

No comments: