Sunday, January 11, 2009

Bayaran tol...

Bukan tol highway PLUS, ELITE, NKVE, KESAS, Linkedua atau mana2 lebuhraya yang ada kat Malaysia ni.

Ini TOL KENDURI KAHWIN.

Ini ialah bayaran tol yang perlu dijelaskan oleh rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke rumah pengantin perempuan pada hari kenduri.

Saya telah banyak mendengar tentangnya sebelum ini. Namun, pengalaman melihatnya dengan mata sendiri baru-baru ini memahamkan saya lagi tentang "adat" ini, yang banyak berlaku di Johor.

Jam 2.30 pm - saya bersama 2 grup rombongan pengantin lelaki (kenduri 2 pasang serentak) mula bergerak dari simpang jalan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan iringan paluan kompang.


2.35 pm - Sesampainya di jalan depan rumah, seorang wanita agak berumur datang memberikan minuman kepada pengantin lelaki. Dibelakangnya, 7 wanita dan seorang kanak2 menunggu, dan sambil tersenyum2, meminta duit tol sebelum rombongan dibenarkan masuk.

Tol dibayar, berjalan lebih kurang 10 langkah, 12 orang lagi menanti. 7 wanita, 2 lelaki dan 3 kanak2 menghadang pintu gerbang.Sambil tersenyum2, mereka meminta tol lagi.

Tol dibayar, berjalan dalam 10 langkah, 2 lelaki agak berusia duduk di atas kerusi, menahan rombongan pengantin. Untuk apa? minta tol lagi..! ringkas cerita, tol dibayar, diikuti persembahan silat utk pengantin lelaki, kemudian pengantin bangun untuk masuk ke rumah.


Sampai di muka pintu rumah, 5 wanita dan 5 kanak-kanak menghadang laluan rombongan pengantin lelaki. Macam tadi juga, tanpa rasa bersalah mereka meminta tol lagi. Tol dibayar, dan kami meneruskan jalan masuk ke rumah.

Sampai di depan pelamin, sekumpulan 7 wanita duduk di tangga pelamin. Minta tol lagi. Masing-masing mendakwa sebagai ibu saudara kpd pengantin perempuan. Mak Andam dan assistantnya duduk di atas kerusi pengantin lelaki. Mereka tak akan bangun selagi tol tak dibayar. Mahu tak mahu, terpaksa bayar tol lagi. Sampul duit yg disediakan dah habis. Terpaksa lah korek2 duit dari poket utk bayar.


Selepas beberapa lama (bayangkan keresahan pengantin lelaki yang yang berdiri dalam keadaan sesak, panas dan rimas sejak tadi) barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersama isterinya.


Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain adatnya. Itu saya akui.

Namun, apa yang ingin saya bincangkan ialah, adakah semua adat itu tuntutan syarak? ,lebih2 lagi adat yang menyusahkan, membebankan dan menjurus kepada riyak, membazir serta menunjuk2..?

"Alah...untuk suka-suka aje..?" Begitu ayat yang saya dengar daripada mulut seorang makcik "jurutol" tersebut.

Soalnya, kalau dah sampai 5 tol, dengan jumlah bayaran hampir seratus ringgit ( utk satu rombongan - bayangkan jumlah bayaran 2 rombongan) adakah itu dianggap suka-suka?
Ada pulak jurutol yang buka sampul dan kata : "tak cukup ni, tak boleh lalu !"
Itu semua tak termasuk tol utk mak andam lagi yang khabarnya RM50 satu sampul..( dah la caj sewaan baju dan andaman mencecah RM2k - itu urusan tuan rumah) Bukankah itu satu beban dan pembaziran yang nyata?

Nasib baik keluarga lelaki dah standby duit tol slps mendapat maklumat awal.Itu pun tak cukup. Apa akan jadi kalau rombongan pengantin lelaki dari luar Johor, luar semenanjung atau luar negeri yg tak tahu "adat" yang pelik lagi tak syarie ni?

Saya bukan anti-Johor. Johor adalah negeri kita juga, bahkan keturunan saya banyak di Johor ni. Apa yang mahu saya nyatakan, marilah kita buang adat yang menyusahkan dan membebankan. Adat perkahwinan Melayu kita sudah terlalu banyak yang menyimpang daripada syariat. Daripada mula merisik sampai la saat ijab kabul dan majlis kendurinya, banyak yang ditokok tambah sehingga lari daripada cara yang Rasulullah ajarkan.

Mohon maaf kalau catatan saya mengguris perasaan. Saya ikhlas, InsyaAllah.
Kalau saya silap, betulkan saya.

Komen anda?

1 comment:

apeh said...

Nasib baik 'koi' dapat oghang pahang. tol kat highway karak jer kome bayor.(LPT dok siap lagii..)