Oleh :
Fahri Abdullah al-Masri
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.
Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.
Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.
Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.
Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.
Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.
Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.
Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."
Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.
Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.
Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.
Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.
Masa makin singkat dan suntuk!
Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.
Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.
Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.
Bantu manusia menguruskan waktunya
Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.
Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.
Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.
Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.
"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi.
Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.
Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.
Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.
Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.
[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.
Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)
Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.
Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain
Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.
Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.
Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.
Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.
Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.
Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.
Monday, March 30, 2009
Saturday, March 28, 2009
Perokok = Lembu ?
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Kata Hadi : Kasar bunyinya... tapi saya setuju. Anda bagaimana?

Wednesday, March 25, 2009
Rintihan Seorang Guru
( dipetik daripada www.harakahdaily.net dan disiarkan semula tanpa suntingan )
Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.
Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.
Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.
Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.
Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.
Guru-guru terseksa
Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.
Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.
Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.
Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.
Hubungan masyarakat pun kian meruncing!
Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.
Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.
Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian.
"Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?
Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.
Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.
Guru-guru dah lama lawan PPSMI
Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia,
Berikrar & berjanji,
Membimbing & mendidik,
Putera puteri negara kita,
Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.
Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami. _

Sunday, March 22, 2009
Saturday, March 21, 2009
Sarjana Politik
Sewaktu berkempen dalam sebuah pilihanraya kecil, seorang petugas parti diarahkan mencari seseorang di Jalan Pasir.
Tidak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya. Lalu dia pun bertanya, "Maaf dik, tumpang tanya.. Apa betul jalan ini Jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, "A'ah"
Untuk memastikan kebenaran jawapan itu, maka dia bertanya pula seorang remaja.
Remaja itu menjawab, "Benar."
Oleh kerana masih tak berpuas hati, maka dia pun bertanya seorang pemimpin parti politiknya yang secara kebetulan lalu di situ.
"Maaf tuan.. Saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Pemimpin politik itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya dia itu merasa puas, tapi berasa hairan.
Untuk menghapus keraguannya, dia bertanya lagi, "Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'A'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja dan jawapannya 'Benar'. Akhirnya saya bertanya kepada tuan dan tuan menjawab 'Betul' .. Apakah perbezaan semua jawapan ini?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'A'ah' bererti latarbelakang pendidikannya sekolah rendah saja ... Kalau yang menjawab 'Benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah ... dan kalau yang menjawab 'Betul', orang itu pasti ada Sarjana," terang beliau.
"Tadi tuan menjawab 'Betul', bererti tuan seorang Sarjana ya?"
Pemimpin politik itu terus mengangguk sambil menjawab, "A'ah."
( dipetik daripada nobisha.blogspot.com )

Friday, March 20, 2009
Kerlipan Cinta
Hidayah
Kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan
Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati
Pada Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat Mu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku liku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar di jemala mentari
Dan dibahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk Mu....untuk Mu
Ku kembara setia di sisi Nya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naungan Nya
Selamanya…
Kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan
Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati
Pada Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat Mu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku liku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar di jemala mentari
Dan dibahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk Mu....untuk Mu
Ku kembara setia di sisi Nya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naungan Nya
Selamanya…
Hello Kaherah...
Thursday, March 19, 2009
Macam-macam ada ?
Dulu masa kecik2, aku selalu nampak gambar ni... Dulu rancangan TV start petang sampai pukul 12 malam je. Masa aku sekolah menengah mula ada siaran pagi sampai malam. Sekarang dah 24 jam.
Bila waktu takde siaran, gambar ni la yg keluar. Tunggu la dengan sabar sampai mula siaran pukul 3 petang ( lebih kurang la...,.dah x ingat !)
Siaran yg ada pun cuma TV 1 dan TV2. Tahun 1984 baru ada TV3. Sekarang mana ada orang tengok TV1, kecuali orang2 tua ! Kenapa? Sebab ada siaran yang "macam-macam ada! "
Gitu le...zaman dah berubah, dunia dah maju. Minda rakyat pun dah berubah maju.
Cuma jangan maksiat pun bertambah2 maju sudah le...
(*) tulisan kat atas tu dulu ialah "RTM", bukan ONP TV. Yang bawah "TV1" bukan SWEDEN tau..
Tuesday, March 17, 2009
10 Kebaikan COKE !
Artikel ini saya petik daripada www.paneh.blogspot dan saya ubahsuai sikit. Betul atau tidaknya artikel ini, saya tak jamin. Nak tau, kena buat ujian saintifik le…
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan, macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini.
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis!
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka (Bleh ganti 4WD nie).
6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih & jimat belanja.
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,( bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol / tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan / karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun lalu...
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi atau teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer!
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Tu yang jadi CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah la.. tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang / lebur dalam masa 24 hingga 48 jam.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah....
Monday, March 16, 2009
Istimewa buat anak2 gadis SMKBU3
Terjemahannya (lebih kurang la..) :
Believing Women = Wanita Beriman
Lower their Gaze = Rendahkan pandangan matanya
Guard their Modesty = Terpeliharalah Maruah Dirinya
Sunday, March 15, 2009
...sambungan kisah Adik Nik Nur Madihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Rezeki Allah untuk pelajar SPM terbaik negara :
1. Dapat hadiah RM5000.00 dan tawaran sebuah rumah berharga RM130,000.00 drpd Kerajaan Negeri Kelantan.
2. Tawaran buat A Level di London dengan pinjaman penuh oleh MARA.
3. Tawaran pembiayaan pelajaran oleh Bank Negara, Petronas, MARA dan bank-bank.
Apa kata Madihah :
“Sebagai mensyukuri kejayaan ini, saya berpuasa sunat seminggu ini. Saya juga rasa amat terharu dan terhutang budi dengan pihak berkenaan yang memberi perhatian dan turut meraikan kejayaan saya ini”
Itulah janji Allah... Jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka2 buat hamba-Nya yang bertaqwa.
Saturday, March 14, 2009
Muhasabah buat diriku...
Tatkala keputusan SPM 2008 diumumkan, seorang anak Melayu Islam dari Kelantan - Nik Nur Madihah Nik Mohd.Kamal ditabalkan sebagai pelajar terbaik Malaysia. Adik Nik Nur Madihah bersekolah di Maahad Muhammadi.
Beliau dapat 20A (19 A1 dan 1 A2). Syukur...Sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah yg 80 % pelajarnya adalah non-Muslim, aku turut merasa bangga dengan kejayaannya.
Namun, kemudian hatiku tersentak. Beliau adalah anak seorang nelayan. Tambah sebak hatiku apabila gambarnya bersama ibu dan bapanya di hadapan rumahnya dipaparkan. Rumah itu pun bukan milik mereka - hanya rumah yang disewa dengan kadar RM90.00 sebulan, dan sudah tertunggak sewanya hampir setahun..
INIKAH ISTANA KEJAYAANNYA ? Allahu Akbar... !
Tertegun aku seketika. Dalam kedaifan hidup keluarganya, dia rupa2nya kaya dengan ilmu dan adab. Dulu, waktu kecilku, walaupun keluargaku bukan orang berada, tetapi kami tidaklah susah. Kalau dibandingkan dengan keluarga Adik Madihah, kami jauh lebih senang.
Sungguh...Adik Madihah dan keluarganya telah mencabar diri kita. Dengan segala kesenangan dan kemudahan yang ada di depan mata, mampukah kita menggapai kejayaan sepertinya?
Inilah waktunya kita perlu lebih bermuhasabah. Bagaimana kita gunakan nikmat yg telah Allah berikan kepada kita... Ayuh...marilah kita bermuhasabah !
Seni Pengucapan Awam
Pelbagai bentuk pengucapan awam sama ada pidato, debat, perbahasan, pembentanagan, forum atau syarahan adalah merupakan satu seni yang unik. Seni pengucapan awam ini tidak semua yang mampu mengusainya tetapi boleh di pupuk dengan latihan dan komitmen yang tinggi. Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam ?
1. Seni memujuk. Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara “gentleman” yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.
2. Seni pegunkan audience. Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan audience kepada “speaker”. Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi audience.
3. Seni mengubah hipotesis audience. Selalunya audience akan membuat tanggapan atau “jatuh hukum” awal terhadap topic sebelum anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu perkataan.
4. Seni bahasa badan dan mimik muka. Kita juga akan mudah boring jika si pembentang hanya berdiri kaku seperti ‘robot” menyampaikan hujah. Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru, kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah dan bahasa badan anda disepadukan bersama.
5. Seni gaya bersahaja. Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.
6. Seni menjawab soalan secara spontan. Salah satu babak yang di takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan soalan yang “pelik” dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta tenang merupakan seni pada pengucapan awam.
7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience. Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ? Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.

Friday, March 13, 2009
Thursday, March 12, 2009
Sorry !
Saya agak sibuk dalam minggu ni.
Tak sempat nak update.
Macam2 perkara dan peristiwa terjadi minggu ni.
Minggu depan cuti mid-semester. InsyaAllah saya update...
Tak sempat nak update.
Macam2 perkara dan peristiwa terjadi minggu ni.
Minggu depan cuti mid-semester. InsyaAllah saya update...
Tuesday, March 10, 2009
Alangkah Indahnya Hidup Ini
by Raihan
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Kenali Rasul... Cintai Rasul
RASULULLAH
Hijjaz
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Hijjaz
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
(Dr. Mohd Asri adalah mantan Mufti Negeri Perlis. Beliau sekarang dalam cuti sabatikal di United Kingdom)

Monday, March 9, 2009
Majlis Tadarus Al-Quran 2009
Peringkat :
Sekolah Menengah - Firqah 2
Daerah Petaling Utama
Tarikh : 7 Mac 2009
Tempat : SMK Bandar Utama Damansara 2
Tilawah Al-Quran - Ahmad Shirazie Azahari
Hafazan - Raja Jazmeen
Syarahan - Nurul Shazwani Jamaludin
Tilawah - Nurshazwani Mohd.Osman
Syarahan - Mior Ibrahim Abu Harith
Tiada dalam gambar - Muhd. Azhan Fahmy ( Hafazan )
Syabas untuk mereka semua yang berjuang. Allah belum rezeki kan kita untuk menang, namun kita akan terus berusaha sehingga berjaya. Lawan tetap lawan! Lawan sampai menang! Menang demi ISLAM !

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana Ajaran Nabi Dalam Pemerintahan.
Oleh : Dato' Dr Haron Din.
Mengingati Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.
Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.
Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.
Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.
Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.
Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.
Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."
Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.
Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Saturday, March 7, 2009
Salam Maulidur Rasul
Salam buat semua penziarah...
Saya sekeluarga balik kampung di Kapar - InsyaAllah sehingga Isnin.
Di kampung, saya takde internet access.
Kalau anda singgah di sini, tinggalkanlah jejak ye...
Salam Maulidur Rasul. Jom kita selawat banyak2...Semoga syafaat Rasul melindungi kita di mahsyar nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)