Saturday, March 21, 2009

Sarjana Politik

Sewaktu berkempen dalam sebuah pilihanraya kecil, seorang petugas parti diarahkan mencari seseorang di Jalan Pasir.

Tidak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya. Lalu dia pun bertanya, "Maaf dik, tumpang tanya.. Apa betul jalan ini Jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, "A'ah"

Untuk memastikan kebenaran jawapan itu, maka dia bertanya pula seorang remaja.

Remaja itu menjawab, "Benar."
























Oleh kerana masih tak berpuas hati, maka dia pun bertanya seorang pemimpin parti politiknya yang secara kebetulan lalu di situ.

"Maaf tuan.. Saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Pemimpin politik itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya dia itu merasa puas, tapi berasa hairan.

Untuk menghapus keraguannya, dia bertanya lagi, "Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'A'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja dan jawapannya 'Benar'. Akhirnya saya bertanya kepada tuan dan tuan menjawab 'Betul' .. Apakah perbezaan semua jawapan ini?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'A'ah' bererti latarbelakang pendidikannya sekolah rendah saja ... Kalau yang menjawab 'Benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah ... dan kalau yang menjawab 'Betul', orang itu pasti ada Sarjana," terang beliau.

"Tadi tuan menjawab 'Betul', bererti tuan seorang Sarjana ya?"

Pemimpin politik itu terus mengangguk sambil menjawab, "A'ah."

( dipetik daripada nobisha.blogspot.com )

No comments: