Sunday, March 1, 2009

10 Wasiat Al-Imam Hassan Al-Banna

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan, di situ ada sumber taufiq.

2) Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya !

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa ! Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya, tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan!

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan ! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia.

10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa.

No comments: