Soalan :
Saya seorang pelajar Islam dan ada satu masalah besar yang mengganggu kehidupan saya. Saya pernah fikirkan atau bercakap dalam hati (memarahi Tuhan dalam bahasa lucah). Bukan sekali tetapi banyak kali.
Kali pertama adalah pada masa saya menghadapi masalah tidak dapat mengambil wuduk secara sempurna. Saya mengambil wuduk banyak kali sampai baju saya basah. Saya jadi marah dan menangis.
Kemudian saya berwuduk dalam keadaan hati yang tidak tenang dan sedang saya berwuduk, hati saya memarahi Allah.
Saya berhenti di situ dan mengucapkan syahadah. Saya tidak tahu kenapa saya terfikir begitu.
Setahu saya apa yang saya marah itu adalah dikawal oleh akal saya, tetapi kenapa saya fikirkannya berulang-ulang atau memarahi Tuhan berulang-ulang.
Kali kedua, baru-baru ini ayah saya mendapat sakit jantung dan membuatkan saya hilang akal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa-apa pun. Tidak tahu kenapa saya berasa tuhan itu membalas dosa saya (memarahi tuhan) kepada ayah saya.
Hati saya mula memarahi tuhan dalam bahasa lucah berulang kali. Maafkan saya tetapi saya perlu berterus terang.
Saya sekarang tidak dapat berfikir dengan tenang, bahkan tidak tahu sama ada saya masih seorang Islam atau tidak. Adakah saya terkeluar dari Islam atau menyekutukan Allah?
Saya juga seorang yang kurang solat. Saya harap Dr dapat memberikan saya jawapan yang dapat menyelesaikan masalah saya ini.
Jika saya sengaja melakukan perbuatan ini, adakah Tuhan akan maafkan saya dan apakah yang boleh dilakukan untuk tidak mengulangi perbuatan ini?
EMA,
Selangor.
Jawapan :
Antara sifat Allah ialah ar-Rahim (Penyayang) dan al-Ghafur (Pengampun). Segala dosa yang dilakukan hamba akan diampunkan Allah sekiranya kita benar insaf. Dengan itu saudari hendaklah bertaubat kepada Allah.
Taubat bermaksud kembali mentaati suruhan dan larangan Allah. Marahkan Tuhan atas apa-apa yang menimpa kita tidak menghasilkan apa-apa.
Ini kerana Allah Maha Kuasa melakukan sekehendak-Nya. Tidak ada sesiapapun yang boleh menyoal mengenai apa yang dilakukan-Nya. Semua yang ada adalah mililk Allah.
Allah berfirman maksudnya: "Ia [Allah] tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak." (al-Anbiya' (21): 23).
Kita tidak usah mengikut akhlak buruk orang barat yang banyak menuturkan kata makian seperti kata "damn God" dan sebagainya.
Ajaran Islam mengajar bahawa setiap perkara buruk berlaku bertujuan menguji kesabaran kita. Apabila kita diberi nikmat, ia juga ujian setakat mana kita bersyukur kepada Tuhan pemberi segala nikmat.
Islam melihat kehidupan dunia sebagai ujian bagi menentukan siapa yang terbaik di kalangan hamba-Nya.
Ini jelas apabila Allah berfirman, maksudnya: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (al-Quran, al-Mulk (67): 2).
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Berpelajaran Tidak Berpendidikan
“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.
Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk.
Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa.
Hari ini Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara.
Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.
Apa maknanya itu? Biar pun saya sedikit kebingungan dengan penjelasan Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz tentang beza berpelajaran dan berpendidikan, tetapi mesejnya jelas. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!
S. Subashini,12, a student of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Simpah died in hospital, a day after she was found hanging from the ceiling of her room. [The New Straits Times Online]
Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.
Sejauh mana isu ini diperbahaskan?
Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR?
Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan saya kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik semua pihak yang ditemui oleh pihak media. Sedangkan kes adik S. Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran Malaysia, izinkan saya menggunakan perkataan rasmi ‘pelajaran’ biar pun jiwa ini lebih mencari nilai sebuah ‘pendidikan’.
“Modal insan bukan bertujuan untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara”, komen Profesor Khoo Kay Kim lagi.
Dan saya terus kecewa dan berduka di depan televisyen.
Siapakah yang peduli kepada saranan beliau?
Siapakah yang mahu bersungguh-sungguh berfikir tentang hal ini?
HARAPAN DARI SEBUAH PENDIDIKAN
Saya teringat kembali kepada presentation saya semasa menjadi panelis bagi Seminar Ibn Khaldun II yang diadakan bulan lalu di Institut Integriti Malaysia. Saya memberikan penekanan kepada aspek pendidikan dalam menjawab soalan “Islam: A Blessing to Malaysians?”
“Biar pun saudara Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kelebihan yang dinikmati oleh orang Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, sedangkan pembayar cukai Malaysia lain yang Hindu, Kristian dan Buddha dirangkumkan dalam satu kategori dan diberikan pendidikan MORAL, saya tidak dapat melihat ia sebagai suatu kelebihan bagi umat Islam di Malaysia. Bahkan mungkin mata pelajaran itulah punca kepada masalah mengapa kita sulit untuk menjawab ISLAM: A BLESSING TO MALAYSIANS?”, saya memulakan ucapan.
Sejauh manakah pendidikan Islam di Malaysia berjaya melahirkan Muslim yang boleh menjustifikasikan Islam sebagai rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia (boleh juga dibaca sebagai wa maa arsalnaaka illaa rahmatan lil ‘aalameen)?
Saya lontarkan isu ini kerana saya tidak melihat kecenderungan masyarakat kita untuk meletakkan pendidikan sebagai suatu keutamaan dalam menggarap masalah-masalah yang wujud di negara kita. Semuanya mahu diselesaikan dengan politik, ketika politik kita gersang dari integriti dan kejujuran. Masakan tidak, jika dulu parti politik banyak digerakkan oleh guru selaku pendidik, tetapi kini trend berubah kepada kemenangan politik bagi yang punya wang dan sokongan mereka yang punya wang. Itu sahaja sudah cukup untuk menjelaskan warna politik negara kita.
Apabila saya sebutkan pendidikan, saya maksudkan ia sebagai pendidikan formal dan tidak formal. Malah saya lebih menjurus kepada mengharapkan agar kita kembali kepada fungsi pendidikan tidak formal yang menjadi tanggungjawab setiap individu. Ibu bapa ada tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak, imam dan paderi ada tanggungjawab mendidik pengikut masing-masing, dan seterusnya mereka yang mempunyai minda kritis mempunyai tanggungjawab untuk membawa pemikiran mereka kepada masyarakat melalui seminar, dialog, perbincangan yang merupakan sebahagian daripada maksud pendidikan.
Tetapi kita tidak minat dengan semua itu.
MEMPOLITIKKAN SEGALANYA
Kita lebih cenderung untuk mensensasikan apa sahaja yang boleh melakukan surat khabar.
Asalkan ada sahaja isu yang muncul, semuanya mahu ditangani dengan kuasa, dengan politik dan kemudian semuanya berakhir sebagai berita sensasi dan tidak ada apa-apa yang dapat diketengahkan sebagai bahan untuk mendidik masyarakat.
Antara buku yang diharamkan di Malaysia, biar pun ia telah banyak membetulkan salah faham masyarakat antarabangsa tentang Muhammad SAW, malah ramai pula yang memeluk Islam kerananya
Ada buku yang pelik sedikit, haramkan!
Ada sahaja wacana yang lain dari definisi rasmi, ban!
Timbul isu penggunakan kalimah Allah dalam literasi Kristian, sekat, haramkan, saman… segala-galanya disensasikan dan berakhir dengan sentimen yang tidak punya apa-apa nilai pendidikan.
Malah kadang-kadang kita begitu gelojoh mahukan hasil tanpa mahu melalui prosesnya. Saya meragui rasionalnya permintaan Luthfi Assyaukanie dari Jaringan Islam Liberal yang mahukan dialog dihentikan, sebaliknya terus sahaja kepada menghasilkan polisi kebebasan beragama kerana baginya, dialog itu membuang masa.
Saya 50-50 dalam mengiya dan menidakkannya.
Dialog membuang masa, jika kita sensasikan apa sahaja yang ingin dibicarakan. Kita berdialog bukan untuk mendidik dan tanpa ketulusan motif. Kita pilih tajuk-tajuk yang mencetus emosi masyarakat dan kemudian kita memuncung bibir apabila dialog gagal menghasilkan apa-apa.
DIALOG POLISI
Tetapi semasa Seminar Ibn Khaldun II berlangsung, saya cuba meminjam pengalaman ketika mengendalikan dialog antara agama ketika saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara. Dialog itu bukan dialog teologi tetapi ia adalah dialog polisi. Kita bukan berhasrat mahu mengheret agama bertanding di medan dialog tentang siapa benar dan siapa batil, tetapi mengajak pandangan agama dikongsi bersama untuk mencari formula penyelesaian kepada isu Euthanasia. Memanfaatkan agama untuk menghasilkan polisi yang boleh disepakati bersama.
Tiada siapa yang membawa superiority attitude dalam dialog berkenaan.
Wakil Protestan dan Katholik memberikan pandangan berdasarkan kepercayaan masing-masing, dan saya memberikan pandangan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Hasilnya kami dapat mengutip beberapa pandangan bernas dari kesemua wakil untuk diajukan kepada National Health Service (NHS) sebagai polisi kesihatan dalam kes Euthanasia.
Ia suatu pengalaman berharga.
Pengalaman yang memberikan keyakinan kepada saya bahawa seteruk mana sekali pun polemik politik, ekonomi dan sosial masyarakat, sinar harapan tetap ada di dalam pendidikan.
Semua pihak harus kembali kepada tugas yang lahir bersama tujuan hidup kita… mendidik yang makruf dan menegah yang keji. Jalannya adalah pada mendidik masyarakat.
Tetapi apabila pendidikan diinstitusikan secara membuta tuli, ramai yang melihat pendidikan sebagai tugas guru dan sekolah, manakala sekolah pula menunding jari bahawa ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak mereka. Segalanya berakhir dengan tiada siapa yang memberikan sepenuh hatinya kepada komitmen mendidik.
Semakin bertambah ilmu dan maklumat masyarakat, tindak tanduknya semakin dungu dan tidak masuk akal.
SERANGAN SOCRATES
Inilah yang menjadi kritikan Socrates terhadap golongan Sophists dan relativism mereka dalam menangani pendidikan.
Golongan Sophists ini hanya sibuk mengajar kemahiran dan skil kerja kepada anak-anak Athens tetapi mereka mengabaikan soal yang lebih penting.
“Apakah tujuan hidup ini?”
“Apakah nilai yang sepatutnya dipegang oleh seorang manusia dalam hidup ini?”
“Bagaimanakah seorang manusia itu boleh menyempurnakan karaktor dan personalitinya?”
Persoalan sebegini terabai tanpa perhatian. Semuanya ke arah melahirkan ‘pekerja’, melahirkan ‘ahli politik’ yang licik dan bijaksana.
Sedangkan Socrates berjuang bermati-matian untuk memberitahu masyarakat Athens bahawa matlamat pendidikan adalah untuk menyempurnakan watak seorang manusia, memulihkan akal agar terguna secara bijaksana dan melatih murid-murid agar berdialektik dan tidak kekok mengemukakan soalan dalam mencari kefahaman.
Tetapi seruan Socrates tidak diendahkan.
Akhirnya pada usia 70 tahun, Socrates telah dikenakan tuduhan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Athens, bahkan mengimani Tuhan lain yang bukan Tuhan rasmi masyarakat arus perdana.
Tidakkah itu sejarah yang berulang?
Bahawa masyarakat kita juga menuju ke arah yang sama.
Jika segala-galanya berorientasikan keuntungan semata-mata… tidak hairan ilmu agama menjadi beku tanpa makna, ilmu sains kemanusiaan terabai tanpa perhatian… kerana yang diutamakan hanyalah untuk melahirkan ‘pekerja’, dan ahli politik yang licik dan bijaksana… bukan pemikir yang sering dituduh sebagai peracun minda.
SAYA HIDUP UNTUK MENDIDIK
Biar pun profesyen saya bukan sebagai seorang guru, tetapi sebahagian maksud hidup saya adalah untuk membentuk dan mendidik manusia… biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
6 Januari 2008
Wednesday, May 27, 2009
Ganti nama Allah
(Fikrah Dr. Salam - Harian Metro)
SOALAN :
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata ganti diri untuk Allah dalam penulisan.
Dalam penulisan Melayu kita boleh menggunakan kata ganti diri dia atau engkau untuk Allah, tetapi dalam bahasa Inggeris, bolehkah kita menggunakan kata ganti he atau him untuk Allah sedangkan itu merujuk kepada seseorang lelaki.
Pada pemahaman saya, kebanyakan penulisan Inggeris di Barat menggunakan perkataan he dan him untuk tuhan mereka sebagai contoh Nabi Isa dalam agama Kristian.
Jika he dan him boleh digunakan untuk Allah dalam mana-mana penulisan Inggeris, ini bermakna perkataan she dan her juga boleh digunakan. Apa pendapat Dr?
ZAMRI,
Johor
JAWAPAN :
Istilah Allah dalam Islam dan bahasa Arab adalah nama khas yang menunjukkan kepada Zat yang Maha Esa, iaitu Tuhan yang Wujud-Nya yang Maha mutlak.
Wujud yang Maha mutlak bermaksud wujud Allah tanpa sebab yang menjadikan-Nya. Berlainan dengan wujudnya manusia dan alam. Semuanya wujud kerana wujudnya Allah.
Firman Allah s.w.t mengenai keesaan Zat Allah, keesaan sifat ketuhanan-Nya dan keesaan perbuatan-Nya, bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.” (Al-Quran, al-Ikhlas (112): 1-4)
Berkaitan dengan penggunaan ganti nama kepada kata Allah. Pertama, ganti nama ialah kata untuk menyebut diri (saya, engkau dan lain-lain). Dalam al-Quran ganti nama Allah seperti ana (aku), huwa (dia) dan ka (engkau) banyak digunakan.
Dengan itu tidak salah menterjemahkan ganti nama berkenaan dalam bahasa Inggeris pula seperti i, he dan him. Bagaimanapun, menterjemahkan kepada she dan her adalah salah kerana berlainan maksud sama sekali.
Kedua, penting untuk diperhatikan yang perkataan Allah dalam bahasa Arab tiada istilah untuk gender perempuan (Arab, mu’annath). Ia hanya dalam bentuk gender lelaki (Arab, mudhakkar).
Bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris ada juga perkataan goddess selain god yang bermaksud dewi. Dengan itu ganti namanya dibolehkan dengan she atau her.

Tuesday, May 26, 2009
Konsep Hidup Muslim
SOALAN
Saya belajar di kalangan komuniti berbilang kaum, dengan majoritinya adalah bukan Islam. Kadang-kadang kawan bukan Islam ini sering bertanya pendapat saya mengenai Islam.
Antaranya mereka bertanya adakah orang bukan Islam di akhirat nanti akan berada di neraka, sedangkan mereka yang betul-betul beragama Islam akan ditempatkan di syurga?
Orang bukan Islam sesetengahnya tidak pernah melakukan sesuatu kejahatan pun, tidak pernah menganiayai orang malah tutur kata dan sifat peribadinya amat baik jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang beriman hanya pada nama.
Adakah Allah akan menjalankan hisab juga ke atas orang bukan Islam? Jika ya, bagaimanakah Allah menilai kebaikan mereka? Adakah segala kebaikan yang mereka lakukan itu tidak akan dinilai dan diambil kira?
Bagaimana dengan Orang Asli yang tinggal di hutan, langsung tidak ada pembangunan dan hubungan dengan dunia luar, sebagai contoh, mereka tidak mendapat khabar mengenai Islam. Adakah mereka juga termasuk golongan yang masuk neraka?
Kedua, mereka mempersoalkan sifat Allah. Seperti yang kita tahu Allah bersifat pemurah dan penyayang. Tetapi mereka mempersoalkan sifat itu dengan mengatakan jika benar Allah menjadikan setiap manusia itu, kenapa tidak dijadikan semua orang di dunia ini memeluk Islam dan diberikan hidayah?
Ini kerana di akhirat nanti tidak perlu Allah menyeksa mereka yang tidak memeluk Islam dengan mencampakkan mereka ke dalam api neraka.
Mereka juga mempersoalkan keadilan Allah, kenapa hanya mengurniakan rahmat kepada orang Islam saja? Tidakkah Allah itu berlaku tidak adil kerana hanya memberi rahmat kepada segelintir orang sedangkan semua orang itu adalah ciptaan Allah?
Kemudian, apakah hikmahnya Allah menjadikan manusia itu pelbagai bangsa, agama dan bahasa?
Maafkan saya sekiranya persoalan saya ini agak keterlaluan, tetapi saya memerlukan satu jawapan kukuh untuk menegakkan Islam sebagai agama syumul supaya orang bukan Islam tidak memperlekehkan agama ini.
FARHAN,
Kelantan.
JAWAPAN
Persoalan yang dikemukakan di atas membabitkan kefahaman mengenai konsep ketuhanan, alam, manusia dan kehidupan menurut pandangan Islam. Ia kadang-kadang dipanggil 'tasawwur Islam' atau 'Islamic worldview.'
Apabila kita benar-benar memahami dan menghayatinya kita dapat menjawabnya dengan penuh yakin. Ini kerana apa yang dibawa Islam adalah kebenaran semata-mata.
Dengan kata lain, kita sewajarnya menerangkan kefahaman yang benar mengenai konsep itu kepada golongan bukan Islam.
Dalam Islam, Allah adalah Tuhan kepada segala makhluk termasuk orang Islam dan bukan Islam. Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian.
Secara umum, terdapat tiga unsur yang ada pada diri manusia, iaitu fizikal, akal dan roh.
Tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk mengenal dan seterusnya menyembah Tuhan yang menciptanya.
Alam termasuk dunia adalah ciptaan Allah. Antara tujuan diciptakan alam adalah untuk memperlihatkan tanda kebesaran Allah.
Kehidupan pula dilihat sebagai anugerah Allah kepada makhluknya. Islam melihat kehidupan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Dunia dilihat sebagai medan dalam menentukan sama ada manusia berjaya dalam ujian yang ditetapkan Allah. Kejayaan mereka dilihat apabila berjaya mengenal dan menyembah Tuhan pencipta alam.
Mengenai balasan baik untuk orang Islam ia adalah benar. Ini kerana Islam itu sendiri bermaksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Dengan kata lain, orang Islam benar-benar mematuhi segala perintah Allah yang disampaikan para nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap orang menyakini adanya Tuhan yang satu, kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan hari akhirat.
Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar. Begitu juga kepada orang Islam yang derhaka. Balasan sedemikian setimpal dengan segala kepercayaan dan perbuatan mereka.
Seperti yang diterangkan di atas, semua manusia diberi Allah akal dalam mencari dan mengenal kebenaran. Mereka diberi kebebasan sepenuhnya berbanding dengan makhluk lain. Manusia itu disebut sebagai 'rational being' (makhluk yang berakal). Sekiranya orang bukan Islam melakukan kebaikan di dunia seperti tidak pernah menganiayai orang, malah tutur kata dan sifat peribadinya baik, jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang hanya pada nama, itulah dianjurkan Islam dan agama lain.
Manusia pada asalnya adalah manusia moral (moral being). Bagaimanapun, Islam melihat ada dua perhubungan utama, iaitu hubungan sesama manusia dan dengan Allah Tuhan Pencipta alam dan manusia.
Manusia akan dinilai berdasarkan kedua-dua hubungan itu. Manusia yang jahil dan sombong sehingga menafikan Tuhan pencipta alam dimurkai Pencipta-Nya.
Berkenaan adanya manusia yang hidup terasing seperti Orang Asli, adalah menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.
Mereka juga seperti manusia lain dicipta Allah secara sempurna. Dengan usaha yang gigih, mereka akan dapat memahami cara hidup beragama yang sebenar.
Agama Islam sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Dalam dunia global sekarang, Islam tidaklah asing kepada semua masyarakat manusia.
Seterusnya mengenai pembahagian manusia kepada orang Islam dan bukan Islam atau lebih tepat lagi orang beriman dan tidak beriman, semuanya diasaskan kepada kebebasan manusia memilih cara hidup.
Islam tidak memaksa manusia menganut ajaran Islam. Ajaran Islam diasaskan atas dasar penyerahan diri secara sukarela kepada Allah Tuhan Pencipta segala makhluk.
Perkara ini jelas apabila al-Quran menegaskan, maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu telah datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah." (al-Quran, al-Kahfi (18): 28)
Mengenai rahmat Allah hanya kepada orang Islam, itu tidak sepenuhnya benar. Terdapat dua kategori rahmat, iaitu rahmat umum dan rahmat khusus.
Rahmat umum dirasakan kepada seluruh alam dan makhluk kerana semuanya dijadikan Allah itu Tuhan sekalian alam dan segala makhluk. Cuba perhatikan keadaan sekeliling, diri sendiri, betapa nikmat dan rahmat yang manusia dapat.
Udara, alam sekeliling, anggota tubuh dan sebagainya semua adalah rahmat dan rahmat Allah.
Bagaimanapun, rahmat khusus hanya dapat kepada orang yang beriman terutama di akhirat nanti. Ini kerana mereka benar-benar beriman dan melaksanakan segala perintah Allah secara sukarela dan penuh ketaatan.
Adalah adil sekiranya Allah memberi, mengekalkan dan menambah lagi rahmat dan nikmat di akhirat nanti. Antaranya nikmat syurga dan melihat Allah.
Ini sesuai dengan nama dan sifat Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim sebagaimana dalam basmalah, iaitu "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi."
Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam. Risalah Nabi Muhammad s.a.w kepada penduduk dunia seluruhnya sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Ini jelas apabila Allah berfirman, maksudnya:
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadikan rahmat bagi sekalian alam." (al-Quran, al-Anbiya'(21): 107)
Dengan menerima ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad, manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Sesiapa yang kufur dan ingkar mendapat 'kecelakaan' di dunia dan akhirat.
Pembahagian manusia berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, malah lahir pelbagai bangsa dan suku puak, semuanya ada hikmah tertentu.
Ia terutama bagi umat manusia menjalin hubungan yang sihat antara satu sama lain, seperti kenal mengenali dan bantu membantu.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya." (al-Quran, al-Hujurat (49): 11)
Sememangnya Allah berkuasa menjadikan mereka umat yang satu. Allah berfirman, maksudnya: "...Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu..." (al-Quran, al-Maidah (5): 48)
Malah Islam melihat semua manusia berasal daripada keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai." (al-Quran, al-Nisa'(4): 1)
Sebelum lahir ke dunia, manusia mengakui Tuhan yang Esa seperti firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi..." (al-Quran, al-A'raf (7):172)

Monday, May 25, 2009
Mohon maaf...
Kesibukan kursus yang disambung dengan demam menyebabkan saya tak mampu update blog.
Hari ni - Isnin, saya gagahkan diri juga untuk ke sekolah.
Alhamdulillah...saya dah semakin kebah..
Sesekali demam, akan mengingatkan saya betapa lemah dan kerdilnya kita di hadapan ALLAH...

Monday, May 18, 2009
Lilin Seorang Guru
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Guru Pembina Negara Bangsa
Friday, May 15, 2009
Gurukah Aku ?
Hari ini 15 Mei. Esok 16 Mei - HARI GURU.
Pastinya, ucapan Selamat Hari Guru diberi dan diterima silih berganti.
Kata ustazahku dulu (kini almarhumah), guru ialah seseorang yang
"kata-katanya diguGU, tingkah lakunya ditiRU, dialah GURU"
Justeru, aku terfikir : GuRu kah aku?
( Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar pendidik... )
Glosari :
*digugu = dipatuhi
*ditiru = dicontohi

Wednesday, May 13, 2009
Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur
( dipetik dengan sedikit pengubahsuaian daripada www.saifulislam.com )
“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salima.
“Kenapa tu?” saya bertanya.
“Mama dengan Papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi Mama tak bagi” ceritanya.
Telus.
“Boleh ustaz tahu, kenapa Mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan.
“Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salima tanpa berselindung-selindung.
“So, what do you think?” saya meneruskan soalan.
“Well, dalam program ini ada ke benda-benda tu, ustaz?” tanya beliau lagi.
“Kalau tak ada, awak nak ke?” saya menyoal dengan nada provokasi sambil tersenyum.
“Kalau ada, boring. Kalau tak ada, saya nak tahulah kenapa tak ada?” beliau menyoal saya.
“Sebab apa boring?” saya menjawab semua soalan dengan soalan.
“Ye lah, too predictable. Dah banyak dah kursus macam tu. Kalau tutup lampu sahaja, mesti nak suruh menangis. Kenapa dalam kem-kem agama kena menangis-menangis, ustaz?” tanyanya lagi.
Wah, saya suka dengan pelajar ini. Beliau berani bertanya dan membuka dirinya untuk difahami. Bagi saya yang bersungguh cuba beramal dengan kaedah seek first to understand, then to be understood, bertemu dengan orang yang let themselves to be understood adalah satu bonus. Biar sekeras mana sekali pun pendedahan dirinya.
KEBERKESANAN
“Kami dibayar oleh ibu bapa kamu. Selain daripada bayaran itu untuk harga makan, minum, penginapan dan semua alat yang digunapakai di sini, ia juga komitmen kami untuk pastikan kursus yang dibuat ni berkesan. Malangnya, ramai pihak yang mencari jalan mudah untuk mengukur kesan. Kalau berjaya mengeluarkan air mata peserta, berkesanlah tu” saya menjelaskan.
“Habis, kalau program ini tiada mengangis-menangis, macam mana ustaz mengukur berkesan atau tidak berkesannya program ini?” tanyanya lagi.
“Apabila persoalan hidup peserta terjawab. Apabila jawapan itu menyebabkan mereka pulang dengan berfikir. Kursus ini adalah rawatan kepada penyakit malas berfikir,” saya memberi penjelasan.
Hampir terlupa yang sebenarnya pelajar di hadapan saya itu bersama dua lagi rakannya adalah pelajar Tingkatan 4. Keberaniannya amat saya hargai. Biar pun bagi sesetengah orang, pertanyaan-pertanyaan sebegitu boleh dianggap biadab, namun saya amat mengalu-alukan dialog sebegini.
“Kalau macam itu, saya ada satu soalan yang saya nak tanya ustaz. Dah lama saya nak tanya benda ni tapi saya takut” katanya.
“Tanyalah. Semalam ustaz dah sebut, kan? Apa sahaja yang tidak boleh ditanya di luar sana, boleh ditanya di sini” saya memberi lampu hijau.
“Ok. Saya rasa selagi soalan ini tidak berjawab, saya pun tak pasti adakah saya ni sebenarnya Islam atau tidak!” tegas beliau.
Aduh, begitu sekali. Mujurlah dia teringat untuk bertanya.
SOALAN MAUT
“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salima.
Sepi seketika.
Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.
“Salima pelajar kelas Sains ke?” saya menyoal.
“Ya” jawabnya.
“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!” saya memulakan jawapan.
Dia mengangguk.
“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap.
“Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.
“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan.
Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.
“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau.
“EXACTLY!!! Benar. Betul sekali” saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.
“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah paku.
Beliau mengangguk.
“Awak rasa macam mana?” saya menyoal.
“Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri.
“So, betullah esok tak ada menangis-nangis?” tanya Salima sambil membetulkan telekung.
“Kalau ada pun, bukan sebab saya. Tapi sebab awak menangis sendiri” saya menyudahkan perbualan.
KEPEDULIAN
Petikan dialog di atas adalah salah satu kisah yang berlaku semasa saya mengendalikan sebuah kem remaja. Ia menjadi punca mengapa saya tidak mahu membuat program dengan jumlah peserta mencecah seratus atau lebih. Pengalaman berinteraksi dengan anak-anak remaja hari ini, menunjukkan betapa perlunya mereka dicungkil.
Terlalu banyak rahsia yang bersarang di benak fikiran mereka.
Sebelum rahsia itu boleh dicungkil, kita harus membantu peserta agar mereka percaya untuk bertanya kepada kita. Untuk hal ini boleh dibuat, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka.
Jangan dijatuhkan harga diri mereka.
Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka.
Lebih banyak peserta seperti ini hadir ke program ‘Islamik’ yang ‘menghina keupayaan berfikir’ mereka, maka lebih teruklah agama dibidas persepsi dan pandangan sinikal
Generasi-Y.
Remaja oh remaja, banyak yang kupelajari daripada kalian.

Monday, May 11, 2009
Kebenaran telah datang...
Dipetik daripada Malaysiakini.com :
"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN."
Abuamin kata :
Alhamdulillah...
Yakinlah dengan keadilan Allah... Al-Hisab dan Al-Mizan di akhirat nanti akan menjadi medan pengadilan yang sebenar-benarnya.
So, Datuk Seri, teruskan kerja dan usahamu untuk membela rakyat dan mendaulatkan Islam...

Saturday, May 9, 2009
SELAMAT HARI IBU
"Mak... takkan cukup seluruh umurku nak membalas segala kasih dan pengorbananmu. Terima kasih mak. Saaa...yang mak !"
Solat Hajat, Bacaan Yasin & Ceramah Motivasi
8 Mei 2009 - Jumaat
Bulan Pendidikan Islam & Moral 2009
Penceramah : Ustaz Mohd.Amin Hj Bahari - Penyelia Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama
Ustaz Amin menerima cenderahati daripada Ustazah Mastura
Ustaz Amin menyampaikan ceramah
Yaaa...siiin
Sujud memohon keredhaan Allah
Barisan anak-anak soleh..

Friday, May 8, 2009
Orang kata aku lahir dari perut mak...
( bukan orang kata... memang betul ! )
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Bila balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....... pasanganku
Bila sedih, aku cari....... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut anniversary .... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat kat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan call pasanganku
Entah bila... aku nak call mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
*********************************************************************************
Renungkan…
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk mak ? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah "...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!!
berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka
kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH
ibunya......
********************************************************************************
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...
Kos upah membantu ibu :
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata :
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis :
"Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.
********************************************************************************************
Abuamin berkata :
Ayuh… nilailah diri kita setakat mana kita mengasihi dan menghargai mak kita.
Kalau mak kita masih ada, ayuhlah kita curahkan sepenuh kasih sayang kita kepadanya.
Kalau mak kita sudah tiada, sejahterakanlah dia di sana.. kerana dia mempunyai anak yang soleh dan solehah seperti kita…

Tips elak jadi mangsa ragut
Lebih baik berjaga2 sebelum kena. Baik perempuan mahupun lelaki, kedua2nya berisiko menjadi mangsa.
• Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
• Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
• Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.
• Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.
• Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.
• Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.
• Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.
• Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.
• Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
• Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Thursday, May 7, 2009
Munajat Rakyat Perak
Wednesday, May 6, 2009
Selangor Juara Kebangsaan 2009
PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT & BERZANJI MARHABAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
3-6 Mei 2009 - Hotel Goldcourse, Klang.
Sejarah tercipta. Selangor menjadi tuan rumah, dan Selangor menjadi Johan dalam kedua-dua acara ! Bukan bersikap bias, tapi bagi saya memang kontinjen Selangor menunjukkan kualiti yang very outstanding !, berbanding kontinjen negeri2 lain..
Tahniah adik2 dari SK Puncak Alam & SAMT Hisamuddin, Klang.
Para pemenang bersama Ketua Sektor SPI dan PP Dakwah SPI, Jabatan Pelajaran Selangor.

Bulan Pendidikan Islam dan Moral 2009
Saturday, May 2, 2009
Perihal haiwan gemuk pendek berkaki empat itu...
Ada beberapa pelajar tanya : Ustaz, berdosa ke kita sebut perkataan "babi" ? Haram ke pegang babi?
Saya tersenyum dalam hati... :). Saya kata : "Macam ni...
1. Sebut perkataan "babi" tidak berdosa. Dah memang namanya babi, kenapa pula jadi berdosa nak sebut namanya? Yang berdosa tu ialah apabila seseorang menggunakan perkataan babi itu sebagai bahan ejekan atau panggilan kepada orang lain. Selain itu, mencarut, memaki atau memarahi orang lain dengan menyertakan perkataan itu adalah dilarang dan berdosa.
2. Memegang babi juga tak berdosa. Tapi, apa perlunya nak pegang babi? Babi adalah najis mughallazah, so, bila dah pegang babi wajib la nak di sertu (basuh 7 basuhan air mutlak dengan sekali basuhan air bercampur tanah. Kan dah susahkan diri...Kan dah membazir air, sedangkan Islam haramkan pembaziran. Kecualilah ada keperluan, contohnya ada bangkai babi di atas jalan yg menghalang laluan kita dan perlu dialihkan. Tu pun, boleh usahakan alih guna kayu atau apa2 yg lain. Ataupun, ada anak babi masuk rumah, dan takde cari lain nak halau kecuali dengan menangkapnya..masa tu, bolehlah pegang, dan sucikan tangan serta samak tempat2 yg dilaluinya jika ada.
Dapat ?
Ok lah... kebetulan seluruh dunia sedang heboh dengan wabak Influenza A @ H1N1 @ selsema babi, saya post kan beberapa fatwa berkaitan babi.
1. Baja Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :
" Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut -
( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh
( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. "
2. Penggunaan Bulu Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12
Tarikh : 21-22 Januari 1985
Keputusan Fatwa :
" Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan".
3. Gas Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2
Tarikh : 12 - 13 Mei 1981
Keputusan Fatwa :
' Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci'.
4. Penyuntikan Highly Purified Insulin Daripada Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke - 6
Tarikh : 10 Oktober 1983
Keputusan Muzakarah :
" Hukum menyuntikkan Insulin daripada najis mughalazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya. "
5. Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76
Tarikh : 21 - 23 November 2006
Keputusan Muzakarah :
" Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
Subscribe to:
Posts (Atom)