Saturday, May 2, 2009

Perihal haiwan gemuk pendek berkaki empat itu...


Ada beberapa pelajar tanya : Ustaz, berdosa ke kita sebut perkataan "babi" ? Haram ke pegang babi?

Saya tersenyum dalam hati... :). Saya kata : "Macam ni...

1. Sebut perkataan "babi" tidak berdosa. Dah memang namanya babi, kenapa pula jadi berdosa nak sebut namanya? Yang berdosa tu ialah apabila seseorang menggunakan perkataan babi itu sebagai bahan ejekan atau panggilan kepada orang lain. Selain itu, mencarut, memaki atau memarahi orang lain dengan menyertakan perkataan itu adalah dilarang dan berdosa.

2. Memegang babi juga tak berdosa. Tapi, apa perlunya nak pegang babi? Babi adalah najis mughallazah, so, bila dah pegang babi wajib la nak di sertu (basuh 7 basuhan air mutlak dengan sekali basuhan air bercampur tanah. Kan dah susahkan diri...Kan dah membazir air, sedangkan Islam haramkan pembaziran. Kecualilah ada keperluan, contohnya ada bangkai babi di atas jalan yg menghalang laluan kita dan perlu dialihkan. Tu pun, boleh usahakan alih guna kayu atau apa2 yg lain. Ataupun, ada anak babi masuk rumah, dan takde cari lain nak halau kecuali dengan menangkapnya..masa tu, bolehlah pegang, dan sucikan tangan serta samak tempat2 yg dilaluinya jika ada.

Dapat ?

Ok lah... kebetulan seluruh dunia sedang heboh dengan wabak Influenza A @ H1N1 @ selsema babi, saya post kan beberapa fatwa berkaitan babi.

1. Baja Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 2

Tarikh : 12 Mei 1981

Keputusan Muzakarah :

" Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut -

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. "

2. Penggunaan Bulu Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12
Tarikh : 21-22 Januari 1985

Keputusan Fatwa :

" Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan".

3. Gas Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2
Tarikh : 12 - 13 Mei 1981

Keputusan Fatwa :

' Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci'.

4. Penyuntikan Highly Purified Insulin Daripada Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke - 6
Tarikh : 10 Oktober 1983

Keputusan Muzakarah :

" Hukum menyuntikkan Insulin daripada najis mughalazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya. "

5. Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76
Tarikh : 21 - 23 November 2006

Keputusan Muzakarah :

" Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

No comments: